KUALA LUMPUR:
Orang ramai merungut sukar untuk menunaikan solat di kebanyakan stesen komuter KTM Berhad kerana pengguna perlu bergilir-gilir menggunakan sebuah bilik kecil yang disediakan.
Tinjauan di beberapa stesen komuter mendapati pengguna kurang selesa dengan keadaan itu disebabkan mereka perlu menunggu lama untuk bersolat kerana surau yang sama digunakan oleh jemaah lelaki dan wanita.
Wan Noriza Wan Abdullah, 41, berkata:
a. kebanyakan stesen hanya menyediakan sebuah bilik solat saja, malah ada stesen yang tidak menyediakan kemudahan terbabit untuk pengguna Islam.
c. "Kebanyakan orang singgah sekejap kerana tidak sempat sampai ke destinasi jika waktu solat hampir berakhir, jika mereka perlu menunggu lama, masa akan terbuang begitu saja.
d. "Tambahan pula Maghrib agak singkat waktunya menyebabkan kita perlu segera beredar supaya dapat memberi peluang kepada orang lain".
a. walaupun lelaki dan wanita tidak bercampur secara langsung tapi keadaan ini sedikit sebanyak menimbulkan syak wasangka kerana pengguna terlebih dulu perlu menjenguk sama ada terdapat jemaah lain di dalam surau.
b. "Kurang manis jika bilik dicampur seperti ini terutama kepada kaum wanita, tentulah mereka berasa tidak selesa jika ada orang asyik melihat dari luar.
"Keadaan ini bukan saja tidak praktikal, malah menyusahkan pengguna yang kesuntukan masa dengan situasi tidak dijangka," katanya.
Kakitangan KTM, Farid (bukan nama sebenar), berkata:
a. stesen terbabit perlu dinaik taraf dengan menyediakan surau berasingan kerana jumlah pengguna komuter semakin meningkat terutama pada waktu puncak dan hujung minggu.
b. "Jika ramai pengguna yang membuat aduan, perkara ini akan diteliti oleh pihak pentadbiran kerana ia juga membabitkan sebahagian daripada perkhidmatan syarikat.
c. "Oleh itu, orang ramai diminta mengajukan aduan kepada pengurus stesen atau pihak pengurusan besar di Stesen Sentral Kuala Lumpur kerana mereka lebih berkuasa untuk membuat keputusan.
Antara stesen yang hanya menyediakan satu bilik untuk kemudahan solat ialah Serdang, UKM, Bangi, Seremban, Mid Valley dan Kuang.
sumber : Berita Harian Online
0 comments:
Post a Comment