INSYA ALLAH! REZEKI KITA DIMARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

JANA PENDAPATAN & DOWNLOAD NASYID DI MARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

Tuesday, December 16, 2008

Kumpulan pertama jemaah selamat pulang

SEPANG: Kumpulan pertama 355 daripada kira-kira 27,000 jemaah haji Malaysia selamat tiba di tanah air tengah hari semalam selepas terkandas lebih lima jam di Lapangan Terbang Raja Abdul Aziz, Jeddah, Arab Saudi, berikutan kesesakan di kaunter pendaftaran berlepas.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata:

1. "kesesakan itu berlaku kerana lebih dua juta kumpulan jemaah haji dari seluruh dunia mula pulang ke tanah air masing-masing, sejak semalam".

2. “Kita ingin memohon maaf kepada ahli keluarga, sahabat dan jemaah haji kerana masalah tidak dapat dielakkan ini dan perkara ini di luar kawalan Tabung Haji dan kita harus menerimanya.


3. “Kita juga berterima kasih kepada kerajaan Arab Saudi terutama Kementerian Haji dan Kementerian Pengangkutannya kerana dapat menguruskan masalah berkenaan dengan baik," katanya pada sidang media selepas menyambut ketibaan kumpulan jemaah haji berkenaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, semalam.

4. Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata, sehingga kini 38 jemaah Malaysia meninggal dunia di Tanah Suci dan jenazah mereka selamat dikebumikan di sana. Ddua jemaah Malaysia pula masih dirawat di hospital Arab Saudi kerana sakit tenat dan tidak sedar diri sebelum sempat menunaikan haji.

5. "Kita harus berdoa supaya semua jemaah yang sudah menunaikan haji akan mendapat haji mabrur dan selamat pulang ke tanah air tidak lama lagi," katanya.
Kumpulan pertama jemaah haji negara itu yang diiringi Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji, Datuk Ismee Ismail, tiba di KLIA kira-kira jam 12 tengah hari semalam.

Fakta: Kumpulan terakhir 414 jemaah Malaysia pula dijangka tiba di sini pada 11 Januari depan.

sumber: beritaharian online








0 comments:

 
© Copyright by SAHABAT AMAL  |  Template by Blogspot tutorial