Insan yang memiliki fitrah yang sihat atau mata hati yang hidup, tentunya akan mudah tersentuh hatinya jika melihat seorang yang berpakaian lusuh, dan ‘compang camping’ hingga hampir menampakkan auratnya. Hatinya tentu sebak dan terusik melihat seorang yang tidak punya alas kaki, hingga tapak kakinya rosak atau melecet direbok pepasir dan batu-batu kerikil. Dan tentunya ia tidak tega menghadap aneka makanan yang lazat-lazat di rumahnya sedangkan dalam masa yang sama anak-anak jiran di sebelah rumahnya menangis kelaparan.
Inilah fitrah atau mata hati milik orang-orang yang benar-benar beriman kepada Allah SWT dan hari akhirat. Memang amat keterlaluan bagi orang yang melihat dengan mata kepalanya sesuatu yang menyedihkan tetapi langsung tidak mahu tahu , tidak ambil pusing dan bersikap acuh tak acuh. Hakikatnya mereka tidak layak digelar manusia kerana tiada rasa peri kemanusiaannya.
Ini juga bercanggah dengan ajaran Islam dan sunnah Nabi SAW. Kita umat Islam sentiasa diingatkan dan sering diulang-ulang supaya memberi keutamaan hidup berkasih sayang, bertolong bantu, memperbanyakkan sedekah jariah, khaiarat dan makrufat (kebaikkan). dari sinilah nanti lahir dan bersumbernya keharmonian, kesetabilan dan kesejahteraan masyarakat Islam.
Diriwayatkan pada satu hari Rasulullah SAW melihat situasi yang meneydihkan sedang melanda kehidupan umat Islam, lantas menggugah jiwa baginda untuk bertindak melakukan sesuatu untuk mencari jalan penyelesaian. Lalu baginda saw mengumpul kaum muslimin dan meberi khutbah kepada mereka.
Antara isi khutbah tersebut baginda menyentuh dan menekankan mengenai hak dan kewajipan sesama umat manusia secara timbal balik. Di akhir khutbah, baginda mengajak manusia supaya sentiasa takutkan Allah dan azab hari akhirat.
Belum pun Nabi s.a.w mahu beredar meninggalkan majlis itu, sejumlah besar makanan dan pakaian telah berjaya dikumpulkan dan ia amat mencukupi untuk diagih-agihkan kepada mereka yang sangat memerlukan. Itulah didikan nabi saw kepada kita dan begitulah cara bagaimana baginda berjaya menyatukan dan mempereratkan jiwa-jiwa umatnya….

0 comments:
Post a Comment