Setelah tiba di Madinah, tugas pertama yang dilakukan oleh baginda ialah mempersaudarakan kaum Muhajirin dan Ansar. Baginda juga terus mengasaskan masjid yang pertama sebagai tempat ibadat iaitu tempat penyatuan hati umat Islam, penyebaran ilmu, bersyura dan juga sebagai syiar Islam.
Seterusnya baginda menukar nama Yathrib kepada Madinah al-Munawwarah yang bermaksud bandar yang barcahaya dan memeterai piagam Madinah yang mengutamakan perpaduan ummah. Baginda juga berusaha menjalinkan hubungan dengan semua kabilah dan penduduk tempatan, mengatur strategi membasmi kemiskinan, memberi keutamaan kepada tarbiyah dan memperkuatkan sistem pertahanan keselamatan untuk semua.
0 comments:
Post a Comment