INSYA ALLAH! REZEKI KITA DIMARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

JANA PENDAPATAN & DOWNLOAD NASYID DI MARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

Monday, December 22, 2008

Sedekah Yang Afdhal

Persoalan sedekah di dalam Islam begitu luas, indah dan unik sekali. Ia meliputi banyak perkara dan banyak amalan. Kalau kita simpulkan, maka ia membawa kita kepada dua kefahaman:


Pertama:

melakukan amalan sedekah itu sendiri sama ada sedekah itu wajib atau sunat.


Kedua:

Melakukan amalan-amalan yang pahalanya adalah pahala sedekah atau menyamai pahala bersedekah.



Satu bentuk amalan bersedekah dan diiktiraf sedekah yang paling utama di dalam Islam ialah mempelajari sesuatu ilmu yang bermanfaat, kemudian mengajarkannya pula kepada mana mana saudara seagamanya. Asalkan ilmu yang dipelajarinya dan diajari itu ilmu yang bermanfaat untuk kehidupan dunyawi mahu pun ukhrawi. Asalkan ilmu itu ilmu yang diredhai Allah s.w.t.



Sabda Nabi s.a.w.; “Sedekah yang paling utama ialah seorang islam yang mempelajari ilmu kemudian ia mengajarkannya pula kepada saudaranya (yang muslim.”( Riwayat:Ibnu Majah)



Allah dan rasul menerangkan kepada kita betapa tinggi dan mulianya martabat ilmu pengetahuan, sekaligus menjelaskan betapa islam nemberi dan meletakkan persoalan ilmu sebagai antara kemuncak hingga dikatakan bahawa pembelajaran dan pengajaran ilmu itu sebagai sedekah yang paling utama.



Dalam soal ilmu, setiap keterlibatan muslim dan muslimah di dalamnya tidak akan sia-sia. Setiap orang akan mendapat ganjaran kemuliaan dan saham akhiratnya tanpa dikurangkan seedikit pun samada dia seorang penuntut ilmu, pendengar, pencinta apalagi kalau ia guru yang menyebar dan menyampai ilmu.



Dek kerana keperihatinan dan rasa tanggungjawab mengislahkan ummah ke arah kebaikkan dan kemajuan hidup dunia dan akhirat, maka tersebarlah ilmu yang menjadi nur penyuluh kehidupan sekaligus sirnalah kegelapan. Islam tidak mahu umatnya hidup nafsi-nafsi, sebaliknya sebaliknya setiap orang mengambil berat antara satu sama lain hatta orang islam yang berilmu bertanggungjawab menyampai dan mengajarkan ilmu kepada orang islam yang lain agar mereka mencapai kecemerlangan hidup didunia dan diakhirat.



Anda mungkin tidak mampu bersedekah dengan harta dan wang ringgit. Namun, usah risau kerana kalau anda orang berilmu, medan ‘sedekah’ anda telah terbuka luas dan tanpa hadnya di depan mata anda.

0 comments:

 
© Copyright by SAHABAT AMAL  |  Template by Blogspot tutorial