INSYA ALLAH! REZEKI KITA DIMARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

JANA PENDAPATAN & DOWNLOAD NASYID DI MARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

Friday, December 26, 2008

PAKAR HALAL HARAM SEPANJANG ZAMAN

Dia sahabat yang diiktiraf Nabi saw sebagai seorang yang sangat alim juga pakar dalam persoalan halal dan haram. Bukan mudah seseorang mendapat pengiktirafan seumpama itu, lebih-lebih lagi dari lidah Rasul saw sendiri. Bermakna ‘pengiktirafan’ itu adalah wahyu dari atas tujuh petala langit. Itu kecemerlangan duniawinya. Bayangkan kecemerlangan ukhrawi yang bakal dinikmatinya.


Tidak sekadar itu. Sahabat mulia Al Ansariy ini telah terlibat dan turut serta berbai’ah dengan Rasulullah pada peristiwa Bai’ah ‘Aqabah kedua. Berdasarkan penyertaan dan kondisi itu, ia tergolong dari kalangan sahabat As Sabiqunal Awwalun. Selepas itu ia tidak menoleh ke belakang lagi. Dia tidak pernah terlepas dan ketinggalan untuk bersama dan berdampingan dengan Rasulullah saw baik di dalam apa jua sempena dan peristiwa, di dalam suka dan duka, di dalam ketawa dan air mata.


Kerana keterampilan dan kewibawaannya dalam Fiqh dan kesekelian ilmu wahyu, maka Nabi saw mengutuskannya ke Yaman sebagai guru pendidik ummah. Diterimanya perlantikkan itu penuh ikhlas, beramanah dan bertanggungjawab bahkan ia sangat berbahagia melaksanakan amanat Nabawiy itu. Keikhlasan dan ke’rasikh’an ilmu dan imannya itu disifatkan oleh seorang temannya: “Seolah-olah terbit dari mulutnya cahaya dan permata yang berkilau”.


Semua kemuliaan yang dicapainya adalah dari kerana ketulusan iman dan kemantapan aqidahnya, ketinggian budinya hasil siraman hidayah Allah juga berkat didikkan serta kasih sayang rasulullah saw.


Rasulullah saw sangat sayang padanya. Limpahan ilmu pengetahuan yang dicapainya hingga menjadi ‘lampu ummah’ pada sebahagian besar usianya telah bermula seawal usia kanak-kanaknya lagi. Kebertuahannya ini telah dikesan oleh baginda saw ada pada dirinya. Anda mahu tahu siapakah dia gerangannya? Sekejap lagi anda akan mengenalinya.


Di suatu hari, rasulullah saw bersabda:

“Wahai MU’AZ, demi Allah, aku sangat mengasihi kamu, maka kamu jangan lupa membacakan setiap kali selepas solat; Ya Allah ya Tuhanku, tolonglah daku untuk mengingatiMu, untuk mensyukuri nikmatmu dan untuk mengelokkan ibadahku padaMu”. (Riwayat Abu Daud, At Tirmizi dan Imam Ahmad).


Apa yang dapat kita fahami dari sirah ringkas saidina Mu’az bin Jabal ini?

a. Ketinggian iman dan taqwa menjadi sebab utama seseorang hamba sangat dikasihi Allah dan RasulNya.

b. Kerana dorongan iman dan taqwa seseorang muslim telah berusaha untuk menjadi seorang yang terbaik dan melakukan usaha (kerja) yang terbaik.

c. Kerana suluhan iman dan taqwa, hidup seseorang muslim menjadi terarah dan bermatlamat. Seluruh umur menjadi berkat dan segala usaha membuahkan manfaat.

0 comments:

 
© Copyright by SAHABAT AMAL  |  Template by Blogspot tutorial