INSYA ALLAH! REZEKI KITA DIMARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

JANA PENDAPATAN & DOWNLOAD NASYID DI MARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

Thursday, December 4, 2008

SYURGA MERINDUI PEMGHUNINYA


Menurut aqidah Ahlus Sunnah Wal Jama’ah bahawa syurga dan neraka itu telah pun diciptakan oleh Allah swt. Kedua-duanya adalah perkara yang haq (benar). Tergolong dalam (Sam’iyyat) yang wajib diimani sepenuh rongga dan jiwa.



Wajib diyakini bahawa syurga sedang meriah dihiasi manakala neraka sedang galak dinyalakan. Syurga menjadi tempat kesudahan yang indah buat orang yang beriman dan neraka menjadi kesudahan yang buruk lagi derita orang-orang yang ingkar dan derhaka. Pun begitu, kesudahan seseorang itu mutlak di dalam takdir dan ilmu Allah swt.



Maka sepatutnya setiap hamba Allah sentiasa berdoa dan memohon keselamatan dan kesejahteraan dari Allah swt. Selamat masuk kedalam syurga dan sejahtera dari seksa neraka. Di situlah kesempurnaan nikmat bagi seseorang hamba Allah. Sejarah memaparkan betapa generasi Salafus Soleh yang kuat beramal ibadat itu pun masih sahaja bimbang dengan kesudahan hidup mereka.



Persoalannya apakah kita telah sungguh-sungguh berdoa dan memohon kepada Allah agar dimasukkan ke dalam syurga dan dijauhkan dari api neraka sebagaimana yang dikehendaki Allah dan RasulNya??



Sabda nabi s.a.w: “Sesiapa memohon syurga kepada Allah sebanyak tiga kali, (maka) berkatalah syurga. “Ya Allah, masukkanlah ia kedalam syurga.” Dan sesiapa yang memohon (perlindungan Allah) daripada api neraka, (maka) berkatalah neraka: “Ya Allah, selamatkanlah ia dari api neraka.” (Riwayat At-Tirmizi)



Nah, kepada siapa lagi semua hamba patut mengadu kalau bukan kepada Allah? Kepada Allah sahajalah tempat para mukminin dan mukminat memohon dan meminta. KepadaNya, mereka memohon kebaikan di dunia nan sementara serta akhirat yang abadi. Memohon keredhaan dan syurga-Nya. Memohon dijauhkan kemurkaan dan seksa api neraka-Nya.



Saat seorang hamba penuh khusyuk dan tawadhuk menadah tangan sama ada memohon syurga atau berlindung dari seksa neraka, secara automatik doa dan rintihannya itu didengar oleh syurga dan neraka. Maka saat itu juga, syurga dan neraka memohon supaya Allah mengabulkan doanya.

Bukankah syurga dan neraka itu makhluk Allah swt yang berjiwa??. Syurga merindui orang yang merinduinya bahkah sedang berhias diri untuk penghuninya manakala neraka pula tidak tega membakar hamba yang memohon perlindungan Allah darinya. Hebat sekali..



Sayang seribu kali sayang bagi orang yang tidak mahu berdoa sebagaimna yang diajarkan Nabi SAW. Tiada apa yang baginda SAW ingin, melainkan mahu melihat sekelian umat bergembira di dalam syurga malah terpelihara dari azab neraka yang tidak terperi.



Info:

Dalam hadis di atas, Nabi Saw menyuruh umatnya berdoa dalam bilangan 3 kali. Angka tiga adalah angka ganjil. Sesungguhnya Allah swt sangat mencintai bilangan ganjil. Buktinya, nun di penghujung malam Allah swt menganjurkan hamba-hamba-Nya menutup ibadat malam dengan solat witir. Dalam berwudhuk, umat disunatkan meniga-nigakan basuhan. Disunatkan berpuasa tiga hari dalam sebulan. Langit, tujuh lapis ia dibentangkan siap dengan penjaganya dan tujuh lapis bumi juga dihamparkan. Di sepuluh terakhir Ramdhan, masyhur pula dikatakan bagaimana Allah menyembunyikan Lailatul Qadar di malam-malam ganjilnya.



Sama-samalah kita menghayati dan mengamalkannya.

0 comments:

 
© Copyright by SAHABAT AMAL  |  Template by Blogspot tutorial