KAHERAH 7 Dis. - Beberapa akhbar pembangkang dan Ahli Parlimen Mesir semalam mendesak ulama tertinggi negara ini supaya meletak jawatan kerana didapati bersalaman dengan Presiden Israel pada satu persidangan antarabangsa.
Media Mesir menyiarkan gambar Syeikh Al-Azhar, Mohammed Sayed Tantawi berjabat tangan dengan Shimon Peres hampir setiap hari, sejak kedua-dua mereka bertemu sewaktu dialog antara agama di New York bulan lalu.
Berikut adalah kritikan lidah pengarang dan ulasan oleh anggota Parlimen terhadap Syeikh Tantawi:
a. Tangan Peres berlumuran darah ribuan penduduk Palestin yang kehilangan tempat tinggal akibat dijajah Israel. Syeikh Mohammed hendaklah "menyucikan kembali tangan" selepas bersalaman dengan Peres..
b. Syeikh Mohammed yang mewakili kerajaan Mesir telah bersalaman dengan Peres tanpa mengenalinya - Akhbar Al-Masry Al-Youm
Mesir adalah sebuah daripada negara Arab yang berdamai dengan Israel namun rakyatnya membenci negara Yahudi tersebut kerana apa yang dilakukan terhadap penduduk Palestin.
Sementara itu, jurucakap Al-Azhar pula menyalahkan mereka yang menguruskan keberadaan Syeikh Mohammed di sana kerana tidak memberi perhatian dan sehingga menunjukkan arah yang salah kepada beliau.
Sumber: Utusan Malaysia 8 Dis 08
0 comments:
Post a Comment