SUNGAI BULOH: Empat daripada 12 keluarga di Jalan Melor 1/5 Sungai Buloh Country Resort (SBCR), Saujana Utama, di sini, yang diminta mengosongkan kediaman berikutan cerun bukit di belakang rumah mereka tidak selamat dan diancam tanah runtuh, bersetuju untuk berpindah.
Setiausaha Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS), Azahari Sairin, berkata mereka menyatakan persetujuan itu dalam pertemuan di antara pihak MDKS dan penduduk terbabit, malam kelmarin.
Beliau berkata, mereka bersetuju untuk berpindah ke rumah saudara mara masing-masing dan bukan ke kuarters MDKS di Kuala Selangor seperti ditawarkan sebelum ini.
sumber: Berita Harian Online
0 comments:
Post a Comment