Pemimpin Kesatuan Soviet Nikita Khrushchev yang marah, menggunakan kasutnya mengetuk meja sebagai tanda protes pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
Isteri bekas Presiden Filipina, Imelda Marcos menafikan pernah memiliki lebih 3,000 pasang kasut, sebaliknya mengakui koleksinya cuma 1,060 pasang kasut.
Pemain Amerika dari pasukan Boston Bruins, Mike Milbury yang marah dengan seorang penonton, bertindak merampas kasut lelaki itu bagi membelasahnya.
Supermodel Naomi Campbell jatuh tersungkur di pentas peragaan di Paris kerana kasut tumit tingginya lebih enam inci dan menjadi antara tajuk utama akhbar
Pengebom kasut' Richard Reid, ditahan ketika cuba meletupkan bahan letupan dalam kasutnya ketika menaiki sebuah pesawat Britain.
Penduduk Baghdad menggunakan kasut bagi memukul patung bekas Presiden Iraq Saddam Hussein yang ditumbangkan.
Bekas Perdana Menteri Britain Tony Blair didakwa memiliki sepasang kasut 'bertuah' yang dipakainya selama 10 tahun.
Presiden George W Bush menjadi bahan persenda selepas mengelak kasut terbang dibaling wartawan Iraq, Muntazer al-Zaidi.
2 comments:
segala kasut-kasut
yang letaklah di tangga...
hendaklah kena ingat
hendaklah kena jaga...
-nyanyian Allahyarham Pakku Shadat masa dia pergi ke Argam Sg. Penchala dulu....
Al-Fatihah untuk Pakku Shahat.
orang perlis kata kasut, kasuit. lepaih tu lutuit dll. hampa reka lah sendiri.
Post a Comment