Dalam hidup kita ini ada perkara yang patut kita tiru dan ada perkara yang tak patut kita tiru. Kalau kita meniru juga perkara yang tak patut ditiru itu, maka keadaan boleh jadi haru biru dan bercelaru.
Lalu kita katakan bahawa peniruan itu ada yang positif dan sebaliknya ada pula peniruan yang negatif. Maka, tirulah sikap, sifat dan usaha yang positif lagi terpuji kerana ia memang wajar dan jauhilah meniru perkara yang negatif lagi tercela kerana ia akhirnya akan menghumbankan 'sipeniru'nya ke dalam kerosakan dan kehinaan.
Kecenderungan Fitrah
Fitrah semulajadi ciptaan Allah swt di dalam diri manusia itu amat suka sekali andai ia dapat meniru sifat-sifat atau perkara-perkara yang baik. Itulah tanda rohaniah dan fitrah seseorang dalam situasi bersih dan murni. Namun bilamana seseorang itu mula terarah meniru dan mengikuti perkara-perkara yang buruk dan keji, maka ketahuilah bahawa fitrahnya telah mula bermasalah bahkan berpenyakit.
Yang patut dan tak patut di tiru
1. Sesuatu yang patut kita tiru itu ialah sesuatu peniruan yang membawa kepada kebaikan dan kecemerlangan lebih-lebih lagi pada perkara yang diperintahkan Allah tabaraka wa Ta’ala sepertimana kita disuruh meniru dan mencontohi Nabi Muhamamd saw kalau kita mahu selamat di dunia dan di akhirat. Firman Allah SWT: “Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah.” (Al-Ahzab: 21)
Kita juga disuruh meniru perbuatan dan akhlak sekelian sahabat dan tabiin, para solihin dan muttaqin kerana mereka termasuk golongan yang berada di jalan yang Haq dan Mustaqim. Mereka adalah taburan jutaan bintang yang begemerlapan di dada langit. Dengan 'meniru' kebaikan mereka akan menjadi asbab Hidayah seseorang.
Syair berkata: “Maka tirulah (akhlak mereka) seandainya kamu tak dapat jadi macam mereka. Sesungguhnya meniru perangai insan-insan mulia itu akan membawa kemuliaan.”
Yang paling utama, sebagai makhluk ciptaan Allah, kita amat patut dan wajar menghayati dan meniru segala sifat-sifat Allah yang mulia serta segala maksud dan pengajaran yang Maha indah yang terkandung di dalam rantaian AsmaNya yang indah sepertimana Allah itu bersifat Maha Pemurah maka kita berusahalah membentuk diri kita juga menjadi hamba yang bersifat pemurah kepada sesama manusia.
2. Manakala sesuatu sikap maupun perlakuan yang tak patut ditiru itu pula ialah kerana ia pada peyudahnya akan menjerumuskan ‘peniru’nya ke dalam kerosakan yang nyata sepertimana seseorang yang meniru dan menelan bulat-bulat tabiat para penagih dadah, perempit ataupun mabuk dan terikut-ikut meniru ‘lifestyle’ yakni cara hidup cacamarba berbumbukan syahawat yang ditaja oleh musuh-musuh Islam bertujuan melemahkan iman, jatidiri dan akalbudi setiap penganut Islam.
Bila jatidiri muslim hilang, iman mereka lenyap dan akal budi mereka menyapu bunyi, maka saat itu mudahlah bagi pihak musuh melebarkan agenda mereka untuk terus menggodam, meratah dan mengoyak rabakkan ‘saki baki’ kesatuan muslimin.
Apa tidaknya? Semua andaian itu pasti berlaku andaikata Muslim yang ada hanyalah muslim yang tinggal pada nama semata namun jiwanya kering dan kemarau kontang dari iman. Pengamalan dan penghayatan islam pula jauh panggang dari api. Keadaan itu tak ubah macam rumah yang dimakan anai-anai. Menanti roboh!
Feneomena semasa telah memperlihatkan betapa ramai umat Islam khasnya di kalangan pemudi pemudi yang tenggelam hanyut dalam keseronokkan dan hiburan tanpa batas yang bersifat ilusi dan khayalan semata-mata.
Pihak emperialis maupun kapitalis amat gembira dengan situasi dan perkembangan ini Kenapa? Natijah usaha keras mereka menaja, mempromosi dan menyebarluaskan ‘lifestyle’ (khasnya hiburan) tanpa henti akhirnya telah membuahkan hasil apabila ditiru dan digilai oleh sebahagian umat Islam yang telah dilanda ledakan ‘Sekularis’ dan wabak ‘Hedonisme’.
Keseronokan musuh-musuh Islam nyata berganda. Mereka bukan sahaja mendapat hasil pulangan yang sangat menguntungkan bahkan pada congakan mereka bahawa umat Islam yang sudah hilang jatidiri, serba jahil dan lemah itu akan dapat dikalahkan dalam tempoh yang tidak lama. Sama seperti pokok yang tidak berakar tunjang. Tak perlu rebut taufan melanda. Ditiup angin sepoi bahasa sahaja sudah jatuh menyembah bumi.
Yang paling menakutkan apabila tanpa disedari oleh umat bahawa di dalam kemaruk meniru apa saja yang dikatakan sebagai kebebasan tanpa sempadan, hiburan dan keseronokan tanpa had itu terdapat agenda-agenda tersembunyi pihak musuh untuk menjerat dan memerangkap sejumlah umat Islam yang mungkin telah dianggap mereka sebagai senarai ‘Prospek’ pemurtadan mereka.
Bolehkah Puasa Sunat Selepas 15 Sya’ban?
12 years ago
0 comments:
Post a Comment