INSYA ALLAH! REZEKI KITA DIMARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

JANA PENDAPATAN & DOWNLOAD NASYID DI MARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

Saturday, March 6, 2010

SEMOGA KUBUR ANDA TERANG BENDERANG

PENDANG 5 Mac - Kisah mengenai para jemaah Masjid Nur Salam, Kampung Kubang Jelai yang terpaksa menunaikan solat Maghrib dan Isyak dengan diterangi cahaya lilin sebagaimana dilaporkan media semalam telah mendapat perhatian seorang usahawan yang berhati mulia.

Sedih pun ada bilamana kita diberitahu mengenai punca situasi itu. Sudah tiga hari rupanya bekalan elektrik ke masjid tersebut terputus dek kerana bil elektrik yang tertunggak sebanyak RM6,400 yang belum dijelaskan sejak lima tahun lalu.

“Saya bersetuju untuk menjelaskan bil tertunggak itu. Saya juga membuat keputusan akan membayar bil elektrik masjid tersebut setiap bulan,” kata Datuk Hashim Ismail.

"Imam Masjid Nur Salam, Sanusi Salleh ni bukan orang lain. Dia kenalan lama saya dan hari ini saya tergerak untuk datang melawatnya. Saya tidak tahu bekalan elektrik di masjid ini telah dipotong dan hanya mengetahuinya setelah membaca laporan akhbar yang ditunjukkan oleh isteri Sanusi ketika melawat rumah mereka pagi tadi," kata beliau yang merupakan Pengerusi Eksekutif PRM Global Vision Sdn. Bhd.

" Setelah pihak pengurusan masjid memaklumkan mereka tidak mampu membayar bil tersebut, maka saya hulurkan dana ini dengan niat untuk membantu sesama Muslim dan bukan ada niat lain. Saya tidak sanggup melihat jemaah di kampung itu menunaikan solat dalam keadaan 'gelap' lagi.." katanya.

sahabatamal@utusanmalaysia

0 comments:

 
© Copyright by SAHABAT AMAL  |  Template by Blogspot tutorial