INSYA ALLAH! REZEKI KITA DIMARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

JANA PENDAPATAN & DOWNLOAD NASYID DI MARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

Saturday, March 6, 2010

KARNIVAL 1 KASIH TAMPIL ARTIS NASYID 'UNDERGROUND'

Dijemput datang! Satu karnival yang bertemakan 1 Kasih akan diadakan pada 20 dan 21 Mac ini di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur bakal menampilkan konsert percuma beberapa artis dan kumpulan nasyid underground.

Underground? Ya, SELAIN kumpulan nasyid yang aktif dalam aliran arus muzik perdana, banyak juga kumpulan nasyid di negara ini yang bergerak secara underground tanpa publisiti meluas daripada media-media massa.

Apa aktiviti artis atau kumpulan nasyid underground?
Mereka berlemahiran dan berbakat mencipta lagu dan lirik sendiri, malah menerbit serta menjual album-album yang diterbitkan melalui pelbagai cabang perniagaan termasuklah menerusi karnival-karnival perniagaan.

Rakan-rakan nasyid underground tempatan sanggup turun padang mengadakan konsert percuma bukan sahaja bagi mempromosikan lagu-lagu mereka tetapi juga memeriahkan lagi sesuatu karnival yang dianjurkan itu.

"Kami cuba menampilkan kumpulan-kumpulan nasyid independent (indie) atau underground pada konsert percuma yang akan bermula pada pukul 9 malam 20 Mac ini sebagai suatu kelainan kerana mereka jarang muncul secara terbuka. Antara artis nasyid indie yang akan menjayakan konsert itu ialah Feelhoney, Vir2vois, Paradise, Syahman dan Shureem di mana mereka sudah mempunyai lagu atau album sendiri tetapi belum popular dalam aliran muzik arus perdana. Dengan kelainan konsep muzik dan gaya persembahan mereka yang jarang-jarang dipersembahkan secara besar-besaran, konsert ini merupakan salah satu tarikan dalam karnival itu nanti," kata Penasihat Program Karnival 1Kasih, Dr. Wan Ahmad Kharsani Wan Ismail.

Lain-lain aktiviti Karnival 1 Kasih ialah: perlawanan street soccer, paintball serta pameran motosikal dan kereta yang akan disertai oleh ahli-ahli Kelab Generasi Elit yang kini mempunyai keahlian seramai hampir 7,000 ahli yang akan menyokong karnival tersebut. Karnival 1Kasih mendapat kerjasama daripada Kementerian Belia dan Sukan.

Sebarang pertanyaan berhubung konsert nasyid percuma, aktiviti-aktiviti dan juga bagi mendapatkan ruang penyertaan pada karnival itu sila hubungi Suzana Zainudin menerusi talian 017-9581739 atau Syahman (012-9292250).

0 comments:

 
© Copyright by SAHABAT AMAL  |  Template by Blogspot tutorial