1. Majlis pelancaran buku-buku terbaru terbitan Galeri Ilmu Sdn Bhd disempurnakan oleh Yang Berbahagia Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said pada 24 Mac 2010 sempena pembukaan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur ke 10 di PWTC, Kuala Lumpur.
2. Terimakasih kepada yang berbahagia Datuk yang telah memberi sedikit pandangan, komentar dan ulasan terhadap buah tangan kedua saya, "Lembutkanlah Hatimu."
3. Teruja dan terharu saya apabila Sasterawan Negara yang tersohor itu memberitahu khalayak tetamu dan pengunjung yang hadir bahawa beliau hampir mengkhatamkan isi kandungan buku saya tersebut.
4. Ulasan positif beliau yang disulami beberapa petikan dari buku "Lembutkanlah Hatimu," menjadi satu penghormatan dan kenangan yang saya tidak akan lupakan sampai bila-bila. Kata-kata nasihat beliau akan saya sematkan dihati sebagai azam untuk terus berkarya dan memperbaiki diri ke arah kecemerlangan dunia dan akhirat.
5. Sama-samalah kita mendoakan kesihatan dan semangat juang yang berterusan kepada yang berbahagia Datuk yang kita kenali sebagai Tokoh Pejuang Bahasa Ibunda ini agar dapat terus menyumbang bakti kepada agama, bahasa, bangsa dan negara tercinta.
0 comments:
Post a Comment