INSYA ALLAH! REZEKI KITA DIMARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

JANA PENDAPATAN & DOWNLOAD NASYID DI MARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

Thursday, March 4, 2010

JAKIM BAKAL TERBIT NASKHAH AL QURAN MANDARIN & TAMIL

BANGI – Dakwah adalah jiwa ataupun nyawa Dinul Islam. Tanpa dakwah perkembangan Islam akan tersekat-sekat dan terbantut. Dengan dakwah, umat manusia dapat di selamatkan dari kesyirikan, kekufuran dan kejahilan. Dengan dakwah, Kitabullah dan as Sunnah kembali didaulatkan. Dengan dakwah, ummat dapat disedarkan dari kealpaan dan kelalaian. Dengan dakwah, Islam dan syiarnya diangkat ke keduduk yang paling tinggi kerana itulah yang selayaknya untuk Islam.

Jesteru, sejak awal perkembangan Islam lagi, Rasulullah gigih berjuang dan berdakwah menyampaikan Risalah Allah kepada sekelian ummat dibantu oleh sahabat-sahabat yang mulia dan seterusnya disambung oleh sekelian pejuang dan pendakwah yang Mukhlisin. Al hasilnya, Allah dibesarkan, perjuangan rasulullah berkesinambungan dan Dinul Islam telah tersebar luas di serata pelosok dunia.

Pelbagai kaedah dan uslub dakwah boleh kita lakukan sebagaimana yang ditunjuk dan dijelaskan oleh Nabi s.a.w. Terpikul dibahu sekelian umat Islam peranan dakwah bagi menyeru manusia kepada cahaya kebenaran menurut kemahiran, bidang dan kemampuan masing-masing.

Sehubungan itu, usaha Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk menerbitkan tafsir Al-Quran dalam bahasa Mandarin dan Tamil amat baik, dan wajar diperluaskan. Ia usaha dakwah yang mulia dan kita sama-sama doakan ia membuahkan natijah yang baik untuk Islam tercinta.

“Sebanyak 10,000 naskah tafsir bahasa Mandarin itu dijangka diterbitkan menjelang Ramadan tahun ini. Setakat ini, sebanyak 26 juzuk Al-Quran telah selesai diterjemah kepada bahasa Mandarin manakala terjemahan tafsir Al-Quran di dalam bahasa Tamil pula akan dimulakan dalam jangka masa terdekat,” kata Ketua Pengarah Jakim, Datuk Wan Mohamad Datuk Sheikh Abdul Aziz
Wan Mohamad.

sahabatamal@Bernama

0 comments:

 
© Copyright by SAHABAT AMAL  |  Template by Blogspot tutorial