1. Kepada hamba yang beriman, Allah anugerahkan kepada mereka darjat-darjat yang tertentu di dalam syurga. Sungguh darjat kebesaran akhirat tidak sama dengan darjat kebesaran dunia. Bagaikan langit dan bumi. Hanya Dia Yang Maha Tahu bagaimana hebat dan agungnya darjat-darjat yang diperuntukan kepada para mukminin itu.
2. Usahlah bersedih andai kita tidak pernah mendapat sebarang darjat di dunia namun kita wajar bersedih dan berduka bilamana kita kembali mengadap Allah swt sebagai hamba yang 'miskin' darjat, miskin pahala, miskin iman dan miskin amal di akhirat sana.
3.Yang menariknya, ada darjat yang dianugerahkan kepada para mukminin itu datang dari sumber yang dia sendiri tidak mengatahuinya. Bahkan ia tidak pernah menjangkanya sama sekali. Di sinilah kita sedang menyaksikan betapa Allah Pencipta kita itu adalah Tuhan Yang Maha Pengasih dan Maha Adil terhadap hamba-hambaNya.
4. Rasulullah saw telah menceritakan perkara ini kepada kita. Sabda baginda saw: "Sesungguhnya Allah mengangkat darjat hamba yang soleh di dalam syurga. Hamba yang soleh bertanya: "Ya Tuhanku, dari manakah datangnya semua (kemuliaan & darjat) ini? Apa jawab Allah kepada hamba yang soleh lagi bertuah ini?? Firman Allah kepadanya: "Semua ini disebabkan anak kamu selalu memohonkan keampunan untuk kamu." (Riwayat Abi Daud & Ibnu Majah).
5. Masya Allah! Subhanallah! Tahniah kita ucapakan kepada ibuayah yang memiliki anak-anak yang soleh dan solehah. Anak solehlah harta kita dunia dan akhirat. Anak yang soleh solehahlah penyejuk mata dan hati ibubapa tercinta. Sekalipun mungkin ketiadaan harta, harus diingatkan bahawa ibubapa kepada anak soleh dan solehah sebenarnya telah memiliki segala-galanya. Bersyukurlah kita kepada Allah di atas anugerah ini.
6. Islam mengajar kita bahawa kebaikan dan kesolehan anak-anak akan mendatangkan manfaat ke atas kedua ibubapanya semasa mereka masih hidup di dunia maupun selepas kematian mereka. Pahala mereka 'mendidik dan membimbing' anak-anak mereka di dunia dahulu tidak putus-putus mengalir deras kepada mereka walaupun selepas kematian mereka. Inilah rahmat Allah yang Maha Luas.
7. Apa sahaja kebaikkan yang si anak buat di atas dunia ini, maka pasti ibubapanya juga turut mendapat share yakni perkongsian pahala dari Allah swt tanpa dikurangkan sedikit pun. Kerana itu jangan sesekali menganggap dan berkata bahawa mendidik kesolehan anak-anak itu tugas yang menjemu dan mmemenatkan. Kalau tiba-tiba seseorang berkata: "Jemu dan penatlah didik anak-anak nihh," maka kita katakanlah padanya bahawa ia adalah satu sikap negatif yang mencetuskan kerugian YANG nyata.
8. Kenapa ibubapa dapat pahala dari kesolehan dan kebaikan anaknya? Apa rasionalnya? Perhatikanlah Jawapannya: Kerana dari manakah datangnya seorang anak kalau bukan dari 'hasil kerja' dan 'perbuatan' ibubapanya sendiri?
9. Lihatlah betapa berharga dan bernilainya doa serta istighfar anak yang soleh kepada kedua ibubapanya. Bagaimana kita hari ini? Apakah kita telah mendoakan keampunan dan kerahmatan untuk kedua ibubapa kita?? Atau apakah telah sekian lama kita langsung tidak pernah mendoakan apa-apa kebaikan juga keampunan Allah untuk mereka??
Bolehkah Puasa Sunat Selepas 15 Sya’ban?
12 years ago
0 comments:
Post a Comment