Terimakasih kepada saudara Adi (Mahdi) Bkt Lanjan yang tolong memperomosi dan menjualkan buku terbaru saya 'Lembutkanlah Hatimu' kat orang kampungnya. Dia kata macam tulah dia nak bagi sokongan moral kat saya. Saya rasa terharu dengan sokongan kawan-kawan macam saudara Adi ni.
Setakat ni dah lebih dua puluh buah buku LHM (lembutkanlah Hatimu) telah berjaya dijualnya. Petang semalam beliau minta ditambahkan 10 buah buku lagi. Kagum saya dengan PRnya. SeNyuman dan kata-kata penuh keikhlasan. Dekat sebuah restoran di Bkt Lanjan, dia berjalan dari meja ke meja. Dia ceritakan pada pelanggan berkenaan buku saya. Masya Allah, saya pun tak mampu nak buat macam tu. Kat siapa pun yang dia hulur buku LHM, jarang yang menolaknya. Barakallahu fika ya Adi.
Demikianlah harga dan nilai kawan-kawan sejati. Tidak boleh ditukar ganti. Bahkan doa kawan-kawan sejati juga sangat Mustajab di sisi Allah SWT.
Saya doakan beliau (Sdr Adi) dikurniakan kesihatan dan kesejahteraan dunia dan akhirat. Secara umumnya jutaan terimakasih kepada semua kawan-kawan di surau Nurul haq, Bkt Lanjan. Kemesraan dan kebaikan anda semua adalah nikmat Allah yang tidak wajar dilupakan.
Bolehkah Puasa Sunat Selepas 15 Sya’ban?
12 years ago
0 comments:
Post a Comment