KUALA LUMPUR:
1. Walaupun saban hari kita dilambakkan dengan statistik keruntuhan aklak dan kepincangan masyarakat kita (khasnya remaja Melayu Islam kita), namun maklumat terbaru yang dilaporkan Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Datuk Alwi Ibrahim berkenaan peningkatan jumlah anak luar nikah Melayu atau tidak sah taraf didaftarkan di seluruh negara sepanjang tahun lalu sangat mengejutkan kita. Nafas tertahan seketika dan minda menjadi berkecamuk mencari jawapan. Sekelian pemimpin, pendidik dan ibubapa muslim yang perihatin dan cintakan anak bangsa termenung panjang. Terkedu menelan air liur.
2. Seramai 17,303 anak luar nikah dan tidak sah taraf yang sebahagian besarnya adalah sebangsa dan seagama kita telah pun didaftarkan! Itu belum campur dengan yang tidak didaftarkan. Belum lagi dicampurkan dengan jumlah bayi yang digugur dan disepah-sepahkan! Berbanding tahun 2008, beliau berkata bilangan itu meningkat 762 kes berbanding tahun sebelumnya. Pada 2008 seramai 16,541 anak luar nikah didaftarkan di JPN manakala pada 2007 seramai 16,100 orang.
Allahhh..!! Apa akan jadi pada masyarakat dan genarasi kita 5 atau 10 tahun akan datang? “..Dalam tempoh lima tahun lalu, JPN mencatatkan 74,723 pendaftaran anak luar nikah adalah membabitkan orang Melayu/Islam. Ini tidak termasuk kes buang bayi yang dilaporkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). “Sepanjang tempoh ini, 214,033 bayi pelbagai bangsa didaftarkan dengan status anak tidak sah taraf, termasuk kes anak yang tidak berbapa 104,834 orang dan 109,199 orang mengikut Seksyen 13, Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 (Akta 299),” jelas Datuk Alwi lagi.
4. Lebih menyedihkan bilamana kedengaran sebahagian ‘orang’ yang menggambarkan bahawa fenomena ini masih boleh dikawal, hanya masalah kecil dan tidak perlu dibimbangkan. Astaghfirullah. Bagaimana perkembangan ini tidak membimbangkan kita semua? Bagaimana andai jumlah 17,303 ribu ini meningkat sekali ganda lagi pada tahun 2010 ini dan pada tahun-lahun berikutnya?
5. Inilah jadinya apabila jatidiri dan integrity anak bangsa dan umat kita semakin marapuh dan mendesup hilang dari diri. Kesan lebih besar bakal berlaku bilamana ‘penyakit kebejatan akhlak’ ini sampai ke tahap membarah. Maka, kala itu tiada lagi penawar yang ada untuknya.
6. Penyakit-penyakit sosial ini tidak lain adalah jawapan kepada sikap kita yang semakin meminggirkan kaedah dan uslub ‘mencegah lebih baik dari merawat (mengubat)’ dan menutup 'segala pintu-pintu kebejatan'. Sungguh, ia adalah pantulan atau reflek lahiriah betapa rohaniah anak bangsa semakin nazak dan tenat akibat sekian lama jiwa mereka kemarau dan tandus dari siraman cahaya iman dan Islam.
7. Hanya peringatan Allah dan Rasul yang mampu meminimum bahkan menyelamatkan kita secara total dari kebinasaan dunia dan akhirat. Islam mengajar kita supaya melihat kepada akibat sesuatu perbuatan itu kerana segalanya tidak hanya berkesudahan di dunia bahkan akan berkesinambungan di akhirat sana. Apa yang dilaporkan ini bukan lagi punca ataupun simptom tetapi sudah menjadi natijah ataupun akibat. Bila Allah melarang dengan jelasnya : "Jangan hampiri zina," bermakna Allah memerintahkan kita menutup segala pintu-pintu dan 'pembuka jalan' kepada zina. Zina adalah akibat. Pembuangan bayi adalah akibat. Peningkatan jumlah anak luar nikah adalah akibat dan natijah.
8. Jesteru, masyarakat hendaklah dididik secara berterusan. Aqidah hendaklah dimantapkan agar diri sentiasa terpelihara dari kejahatan dan kebodohan. Keimanan kepada Allah dan Hari Akhirat hendaklah ditingkatkan agar kita tidak terus menerus terjerumus ke arah kebinasaan. Ibubapa, guru, agamawan, cendiakawan, wartawan, budayawan, bahkan kuasawan tidak boleh jemu memberikan nasihat dan teruskan berdoa memohon hidayah sekalipun anak-anak (anak murid atau anak bangsa) mereka telah terjebak dan terpalit kehinaan itu agar akhirnya mereka kembali semula ke daerah keimanan dan ketaqwaan. Pendidikan agama yang bersepadu dan berterusan kepada 'anak-anak luar nikah' juga tidak boleh diabaikan ataupun dipandang sebelah mata, sebaliknya wajar ditangani secara bijaksana? kenapa? Kerana kecelaruan minda, kecamukan emosi dan trauma mereka akan mencetuskan pula siri akibat kerosakan yang berpanjangan.
8. Sama-samalah kita mengambil ingatan!! Beberapa tetes ‘Mani’ yang bertemu dan bercampur lalu akhirnya bertukar menjadi janin itu adalah amanah yang pasti akan dipertanggungjawabkan oleh Allah!! Tiada siapa yang boleh lari dari pertanggungjawaban itu. Apakah ia disalurkan secara halal atau haram? Apakah pertemuannya kerana Allah ataupun kerana nafsu syaitan?? Apakah dikandungkan di dalam rahim yang suci atau keji?? Ingat, saat bayi (anak) yang tidak berdosa itu berdiri di hadapan Allah merenung tajam penuh kebencian memohon kepadaNya agar di’ajar’ secukup-cukupnya kedua-dua manusia keji lagi durjana itu yang menyebabkan singgahnya kedunia secara hina dina!! Apalah ‘erti’ pada nikmat sesaat yang mengundang petaka, kutukan dan siksa yang berpanjangan??
Bolehkah Puasa Sunat Selepas 15 Sya’ban?
12 years ago
2 comments:
salah satu tanda hari qiamat adalah gejala b'laku nye anak luar nikah yg b'leluasa....
memang benar sumayyah..bilaman manusia sudah hilang malunya maka hilanglah iman serentak..bila iman tiada maka kerosakan pun menjelma di depan mata..
Post a Comment