INSYA ALLAH! REZEKI KITA DIMARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

JANA PENDAPATAN & DOWNLOAD NASYID DI MARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

Tuesday, March 2, 2010

TIDAK SOMBONG WALAUPUN MENANG

Rasulullah saw adalah teladan tertinggi buat kita kerana akhlak baginda adalah akhlak al quran. Tiada yang lebih sempurna untuk dijadikan contoh sepanjang hayat kita selain daripada meniru dan menuruti insan yang mana peribadinya adalah bayangan al quran. Segala kata-kata, perbuatan dan tingkahlakunya adalah terjemahan al quran. Lantaran itu, Allah swt telah mengiktiraf dan menjadikan peribadi dan akhlak baginda sebagai Uswah terbaik untuk sekelian hambaNya.

Kenapa selayaknya baginda saw menjadi teladan dan ikutan kita? Jawapannya, kerana baginda saw tidak pernah mengarahkan sesuatu perkara melainkan bagindalah manusia pertama yang melaksanakannya terlebih dahulu. Baginda menunjuk dan menampilkan contoh teladan terlebih dahulu barulah diikuti oleh para sahabat yang mengamalkannya berdasarkan apa yang mereka lihat.
Pendidikan melalui teladan paling berkesan

Tidak syak lagi bahawa pendidik dan murabbi yang berjaya adalah mereka yang menampilkan contoh teladan di hadapan anak didiknya. Kaedah atau uslub ini merupakan cara terbaik untuk difahami. Ia lebih mendorong anak didik (murid) untuk mengikuti berbanding dengan pengajaran yang hanya berbentuk teori atau penerangan semata-mata.

Fitrah semulajadi seseorang anak didik tidak boleh menerima satu-satu pengajaran tanpa diberikan teladan terlebih dahulu sebaliknya ia lebih selesa,menyenangi dan gembira untuk menerima uslub pengajaran yang berjaya menggabungkan di antara teori dan praktikal sebagaimana yang terpamer di dalam uslub dan pendekatan Rasulullah yang ternyata paling berjaya, paling berkesan dan paling menonjol di sepanjang zaman.

Fitrah semulajadi seorang anak didik akan sepontan menunjukkan sikap enggan untuk menerima dan menelan bulat-bulat sesuatu penyampaian yang hanya berbentuk teori tanpa dipraktik dan dihayati terlebih dahulu oleh sang murabbinya. Sseorang anak didik akan jengkel dan keliru jiwanya apabila menerima arahan supaya tidak merokok dari guru atau pendidiknya yang masih ketagihan merokok. Dia akan mengumam paling tidak di dalam hatinya: “Apalah, cakap tak serupa bikin ataupun bikin tak serupa cakap.”

Pendidik atau merabbi yang bersikap sedemikian akhirnya akan menemui kegagalan di dalam pengajarannya. Aktiviti dakwah dan pengajarannya tidak akan mendapat tempat di hati anak didiknya kerana uslub pendekatan yang digunapakai olehnya awal-awal lagi sudah songsang dan menyimpang daripada petunjuk al quran dan as sunnah yang suci kerana kedua-dua sumber tertinggi itu tidak pernah sama sekali memisahkan di antara teori dan praktikal.

Imam Ibn Hajar Rahimahullah di dalam kitab Al Isobah Fi Tamyizis Sohabah merakamkan kisah mengenai seorang sahabat Nabi saw yang bernama Al Julanda yang menjadi raja Oman. Ibnu Ishaq meriwayatkan bahawa Nabi saw pernah mengutuskan Saidina ‘Amru ibn ‘Ass kepadanya (Aljulanda) dan menyerunya kepada Islam lalu Aljulanda berkata: “Sesungguhnya Nabi yang terulung ini telah mengajarkanku beberapa perkara. Antaranya baginda saw tidak mengarahkan (seseorang) melakukan sesuatu kebaikan melainkan bagindalah manusia pertama yang melakukan perkara itu. Juga (baginda) tidak melarang (seseorang) daripada melakukan sesuatu kejahatan melainkan baginda dahulu yang terlebih dahulu melakukannya. Walaupun baginda menang namun ia tidak sombong. Ia tidak mengatakan perkara yang tidak baik. Baginda menunaikan janji; dan daku naik saksi bahawa baginda merupakan seorang Nabi.”

0 comments:

 
© Copyright by SAHABAT AMAL  |  Template by Blogspot tutorial