INSYA ALLAH! REZEKI KITA DIMARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

JANA PENDAPATAN & DOWNLOAD NASYID DI MARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

Wednesday, March 24, 2010

MENJADI ORANG KUAT YANG DIKASIHI ALLAH

Nabi saw kata mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dikasihi Allah dari mukmin yang lemah (Riwayat Muslim). Huhh, macamana gaya dan rupanya mukmin yang kuat menurut baginda saw itu?

Mestilah kuat yang positifkan. Mustahil sekali mukmin yang kuat itu dilihat sebagai seorang yang kuat makan, kuat merokok, kuat tidur, kuat bergaduh, kuat berangan dan berkhayal. Seorang kawan kata: “Kuat makan tak mengapa tapi mestilah kuat kerja juga. kalau takat kuat makan sahaja tapi tak kuat berkerja, hmmm nantii…”. Sambunglah ikut kefahaman masing-masing.

Kuat yang dikehendaki dalam hadis Nabi itu ialah kuatnya azam seorang mukmin dalam berpegang dan memperjuangkan kebenaran, padu dan jitu keazamannya, tinggi lagi murni cita-citanya, tampak kesungguhan dalam setiap kemahuannya melakukan sesuatu serta kepintarannya yang tiada tolok bandingnya. Orang-orang dahulu menyimpulkan bahawa kekuatan-kekuatan diatas terbit secara tabi’ie bilamana tubuh seseorang itu sihat wal ‘afiat. Kata mereka: “Al ‘Aqlus Salim Fil Jismis Salim” yang bermaksud “Aqal yang sihat terletak pada tubuh badan yang sihat.”

Ya, gandingan kedua faktor itu kena ada. Tubuh badan dan Akal fikiran (jiwa) yang sihat (waras dan positif) mesti berpadu dan bergandingan ke arah meralisasikan ‘keberadaan’ mukmin yang kuat itu dalam mendepani segala hambatan kehidupan dan perjuangan.

Setakat badan kuat sahaja tetapi akal dan jiwanya tercemar, maka tak hebat manalah dia. Tak ada maknanya kalau badan nampak gagah tetapi keazamannya lembik macam kapas, cita-citanya rendah dan hina, kemahuannya tersangatlah lemah dan sentiasa terarah kepada unsur negative serta sikapnya yang sentiasa mempemarkan kebodohan dan kepandiran.

Allah langsung tidak kasih kepada orang yang sifatnya sedemikian. Allah tak pandang kuat kelompok manusia yang macam tu walaupun mungkin ramai orang memandang dan menyaksikan mereka seumpama para peserta dalam rancangan WWF, WWE, ECW dan TNT yang digilai ramai kerana aksi mereka tapi langsung tiada nilainya pada pandangan Allah kerana kuat yang mereka pamerkan bersumber dan berpaksikan kekufuran, kepalsuan, kejahilan, ketamakan, kerakusan dan kesesatan.

Berapa banyak sudah kaum-kaum yang ‘kuat’ sebelum kita seperti kaum Thamud, ‘Aad, Iram, Fir’aun, Ashabul Fil, Abu Lahab, Abu Jahal dan konco-konco mereka, namun mereka semua telah dimusnahkan Allah lantaran kesombongan, keangkuhan, kesesatan dan kebodohan mereka sendiri. Kini, semua mereka hanyalah menjadi bahan sejarah untuk diambil iktibar oleh kita.

Mereka silap. Mereka ingat bilamana ada ‘sedikit’ kekuatan (yang dipinjamkan Allah) itu, maka mereka boleh berbuat apa sahaja mengikut kehendak ammarah dan agenda sesat mereka. Dengan kekuatan itu mereka telah menzalimi, menginayai serta banyak melakukan kerosakan di muka bumi. Lihatlah. Kekuatan mereka sedikit pun tidak dapat menyelamatkan mereka dari kematian yang menghunjam dan siksa Allah yang berpanjangan. Mereka tidak tahu dan tidak sedar bahawa mereka sedang berhadapan dengan Allah itu Maha Kuat, Maha Gagah lagi Maha Perkasa.

1 comments:

sumaiyah said...

ALLAH m'bri kite kkuatan utk m'bantu org lain yg dlm ksusahan...bkan utk diri kte shja...
sprti mne ilmu yg kite dpat hndklar saling b'kongsi agar ilmu itu dpat b'kembang dan strusnye m'bri manfaat pd org lain...
insyallah...

 
© Copyright by SAHABAT AMAL  |  Template by Blogspot tutorial