1. Usaha menegakan Aqidah dan Tauhid Islami juga bererti usaha dan gerak kerja meninggikan syiar Islam itu sendiri.
2. Matlamat daripada penegakan Tauhid sebagai syiar Islam yang tertinggi itu ialah supaya ia dapat membezakannya daripada fahaman keberhalaan maupun fahaman sesat yang timbul ekoran penyelewengan kitab-kitab yang diturunkan Allah sebelum al quran.
3. Islam adalah Ad Din yakni agama Tauhid yang mana simbol, teras dan asasnya bermula dari pungacapan dan iqrar terhadap dua kalimah syahadah. Sesiapa yang dengan rela melafaz dan mengiqrarkan keduanya bererti ia telah masuk ke dalam Dinul Islam.
4. Kalimah pertama adalah pengakuan LA ILAHA ILLALLAH yang bermaksud Tiada Tuhan Yang Di sembah melainkan Allah dan kalimah kedua ialah pengakuan bahawa MUHAMMAD RASULULLAH yang bererti Nabi Muhammad saw itu Pesuruh Allah.
5. Penyataan tauhid seorang Muslim ini bukan hanya dilakukan sekali bahkan ia dituntut dan disuruh melakukannya setiap hari bahkan lebih dari itu lagi sehinggalah kalimah suci itu menjadi kalimah terakhir yang dilafazkannya saat berpisah ruhnya dari badan. Saat berpindahnya dari alam Fana ke alam Baqa.
6. Seorang muslim yang patuh kepada Allah dan Rasulnya akan terus mengulangi penyataan iqrarnya sepaling minimumnya setiap hari sebanyak:
a. 9 kali disebutkan dalam bacaan Tasyahhud.
b. 5 kali di dalam pensyariatan azan yang dilaungkan dengan suara yang lantang bagi memberitahu pada warga dunia sekeliannya terhadap keesaan Allah dan kerasulan Nabi Muhammad saw.
c. 5 kali di dalam pensyariatan iqamat.
7. Syiar ketauhidan itu sebenarnya bermula seawal kelahiran seseorang manusia ke dunia lagi. Lihatlah bilamana seorang ayah Muslim disuruh mengazankan ke telinga kanan anaknya dan mengiqamatkan pula di telinga kirinya. Sekalipun suruhan itu berstatus sunat namun bilaman dilihat dari sudut peranan dan kesannya dalam pembinaan Aqidah dan pendidikan Rohaniah seorang anak maka ianya bukanlah satu ‘assignment’ yang patut dipandang remeh maupun dilihat tidak penting.
8. Perhatikanlah juga bahawa dengan kalimah suci itulah juga sewajar dan semestinya berakhir kehidupan seseorang hamba. Saat kematain menjelma, maka sekelian penjaga dan kerabat yang soleh pastinya disuruh mengingat dan mengajarkann kan Al Muhtadhar (orang yang hampir mati dan di datangi sakaratul maut) supaya melafazkan kalimah suci itu sedaya mampunya.
9. Seandai ia mampu melafazkannya maka itulah sebesar-besar rahmat Allah ke atas dirinya. Dengan rahmat itu, maka kembalilah dia mengadap dan bertemu Khaliqnya dalam keadan redha meredhai. Ini kerana sepanjang kehidupannya telah dipenuhi, diwarnai dan beroreintasikan kalimah suci itu.
10. Apakah kesimpulan perbincangan kita ini? Inilah kehidupan yang paling bererti dan bernilai tinggi bagi seorang muslim bilamana saat dan minit pertamanya hadir ke alam dunia dimulai dengan siraman kalimah ketauhidan yang murni dan menamatkan perjalanannya di muka bumi ini juga dengan kalimah suci itu. Kalimah LA ILAHA ILLALLAH..
11. Dari zaman kanak-kanak sehinggalah saat ajal menjelma tiada lagi kepentingan lain selian daripada menegakan syiar Tauhid dan berdakwah ke arah Tauhid.
Bolehkah Puasa Sunat Selepas 15 Sya’ban?
12 years ago
1 comments:
Awwaluddin Makrifatullah.
Post a Comment