INSYA ALLAH! REZEKI KITA DIMARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

JANA PENDAPATAN & DOWNLOAD NASYID DI MARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

Monday, January 18, 2010

HAITI PASCA GEMPA : KEPERIHATINAN & KESABARAN


Haiti – Allahu Akbar! Haiti pasca gempa mempersaksikan kepada dunia akan hakikat hitam putih kehidupan. Ya, hakikatnya dimana sahaja pun sememangnya ada hitam putih itu. Namun, saat negara baru saja musnah dilanda bencana, maka ia suatu situasi yang benar-benar ‘realiti’ lagi menguji dalaman seseorang samada perbuatannya berpaksikan keikhlasan, kejujuran dan keperihatinan atau berselimutkan kejahatan. Baik anggota penyalamat maupun mangsa gempa, kedua-dua pihak amat memerlukan kepada kesabaran yang tinggi.

Kelihatan hadirnya bantuan dari peribadi-pribadi mulia yang menyalurkan bantuan dan pertolongan dan dalam masa yang sama muncul juga peribadi-peribadi rakus mengambil kesempatan.

Khabarnya sekumpulan doktor yang dikenali sebagai Medecins Sans Frontieres (MSF) atau Doktor Tanpa Sempadan yang berpusat di Perancis bertungkus lamat menyelamatkan ribuan mangsa yang tercedera.

Mereka berkata: “..kami tidak pernah melihat begitu ramai orang mengalami kecederaan serius selain terpaksa melakukan beratus-ratus pembedahan memotong anggota badan. Pesakit-pesakit tiba dengan dibawa menggunakan kereta sorong atau dikendong oleh sejumlah lelaki. Kami bekerja dalam suasana tanpa bekalan elektrik atau rangkaian telefon."

Di sudut pandang yang lain PBB memaparkan beberapa keping gambar yang menunjukan sekumpulan lelaki dan kanak-kanak melihat mayat pencuri yang berdarah selepas dia dipukul oleh beberapa lelaki dengan kayu di Petionville, Port-au-Prince, Haiti. Gambar yang disiarkan itu menunjukkan mayat lelaki tersebut berada dalam keadaan bogel sebelum dibakar.

Lelaki itu dipukul oleh sekumpulan lelaki selepas dia dituduh mencuri semasa penduduk Haiti berada dalam kelaparan untuk mencari makanan selepas banyak kedai dan pasar raya runtuh ekoran gampa bumi yang berlaku pada Selasa lalu.

Demikianlah bila kesabaran telah hilang. Yang mencuri dan yang memukul dan membakar sampai mati semuanya sudah hilang kawalan dan tidak memiliki kesabaran lagi. Situasi ini member pengajaran berguna buat kita semua, tak kira di mana saja.- AFP

0 comments:

 
© Copyright by SAHABAT AMAL  |  Template by Blogspot tutorial