INSYA ALLAH! REZEKI KITA DIMARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

JANA PENDAPATAN & DOWNLOAD NASYID DI MARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

Friday, January 8, 2010

ANGKA-ANGKA YANG SENGAJA DIPERBESARKAN

WASHINGTON:
1. Perancangan jahat untuk melabel dan meng’kambing hitam’kan agama islam dan umatnya bukanlah kerja baru bagi penjenayah Zionis dan Pertubuhan-pertubuhan Kristianisasi.

2. Di dalam al quran, Allah SWT menyifatkan bahawa mereka ’selama-lama’nya tidak pernah dan tidak akan redha dengan umat Islam. 1001 macam cara, taktik dan kaedah akan diguna pakai bagi mencapai matlamat mereka memadamkan api Islam itu bahkan sesuatu yang tidak ada dan tidak benar pun akan sedaya upaya di’ada’kan bagi mensabitkan Islam dan umat Islam dengan segala ketidak tentuan yang berlaku di atas muka bumi.

3. Bagi menghadapi mehnah dan tribulasi pihak musuh ini, maka sekelian umat Islam hendaklah bersatu hati dan bergandingan matlamat mengukuhkan iman dijiwa, menyuburkan ukhuwah sedaya mungkin serta membina kekuatan ilmu serta kemahiran-kemahiran yang pelbagai agar datang pembelaan dari Allah swt.

SENGAJA DIPERBESAR-BESARKAN
3. “Ancaman golongan Muslim-Amerika yang dikategorikan sebagai radikal sebenarnya sengaja diperbesar-besarkan, menurut kajian penyelidik Universiti Duke dan Universiti Carolina Utara.

4. Angka 139 individu dikategorikan 'pesalah keganasan Muslim-Amerika' sejak serangan 11 September 2001 di New York dan Washington itu 'kecil berbanding kejadian jenayah ganas lain di Amerika,' menurut kajian berkenaan yang bertajuk 'Pengajaran Anti-Keganasan Muslim-Amerika.'

MUSLIM AMERIKA TAK SUKA KEGANASAN

5. "Majoriti pertubuhan Muslim-Amerika dan individu yang kami temu bual dengan tegas menolak ideologi ekstremis yang mewajarkan keganasan bagi mencapai matlamat politik," kata David Schanzer, Profesor Madya Sekolah Dasar Awam Sanford Duke dan pengarah Pusat Keganasan dan Keselamatan Dalam Negeri Triangle.

6. "Masyarakat Muslim-Amerika sentiasa aktif bagi menghalang amalan radikal. Hanya 36 daripada 136,000 kejadian pembunuhan membabitkan warga Muslim Amerika sejak tragedi 11 September," kata Charles Kurzman, profesor sosiologi di UNC.




0 comments:

 
© Copyright by SAHABAT AMAL  |  Template by Blogspot tutorial