INSYA ALLAH! REZEKI KITA DIMARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

JANA PENDAPATAN & DOWNLOAD NASYID DI MARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

Tuesday, January 12, 2010

SIRAMAN KETENANGAN & PENAWAR JIWA

1. Kita dan sekelian manusia sangat berhajat dan memerlukan ubat mujarab kepada segala permasalahan jiwa yang melanda. Permasalahan kejiwaan (rohaniah) andai tidak dirawat dengan cara yang betul, tepat dan benar akan menjadikan manusia hidup bagai di ‘neraka’ sebelum dihumban ke dalam neraka yang sebenar.
2. Jiwa insan yang lemah iman tika ini sedang keletihan diasak stress, diamuk kebimbangan-kebimbangan yang tidak berasas, dilanda kemurungan dek hambatan duniawi dan segala macam fitnah kehidupan.

3. Saat ini, jiwa sebahagian insan yang jauh dari petunjuk Ilahi juga sedang leka dibumbui keseronokan dan kegembiraan tanpa batas. Siang malam hidup bertunjang dan berorentasikan ‘hedonisme’ yang amat jelas telah meminggirkan ajaran Allah dan Rasul sejauh-jauhnya kebelakang.
4. Tenggelamnya manusia dalam hiburan yang bersifat ilusi,fantasi lagi tidak syar'ie itu akhirnya akan menjerumuskan mereka kepada kedukaan dan kesedihan yang panjang. Keseronokan yang tidak ‘berpada-pada’ itu tidak lain dari biasan fatamorgana yang ditaja nafsu dan syaitan yang mahukan manusia berduka nestapa bersamanya di dalam azab neraka.
5. Keseronokan hingga terlena dibuai nafsu syahwat itu tidak lama jangka hayatnya. Selalunya keseronokan yang ‘sedetik’ itu akan berkesudahan dengan ‘azab’ dan derita jiwa yang berpanjangan. Pepatah Arab ada menyebutkan : “Mut’atu Syahr wa ‘Azabu Dahr.” Ertinya: Nikmat sebulan dan azabnya selama-lamanya. Benarkah? Paparan media saban hari sudah cukup membuktikan.
6. Nun, ada insan yang jiwanya lebih parah lagi. Penyakit umat-umat terdahulu mulai berkudis dan membarah dalam dirinya. Jesteru itu, rohaniyyah mereka tidak pernah dapat rehat dari ancamannya sekalipun saat mereka melelapkan mata di malam hari.
7. Faktanya, ramai manusia tidak menderitai penyakit kulit maupun kecacatan lahir namun jiwa mereka sedang parah dilanda hasad dengki, iri hati, riya dan sum’ah, dendam dan kebencian, kesombongan, keakuan dan kerakusan, pemborosan dan pembaziran, kejahilan dan kesesatan. Ya, semuanya ditahap tegar dan kronik!
8. Kalau begitu, apakah ubat dan penawarnya bagi ketidak tentuan jiwa dan kecelaruan rohaniyyah ini??
9. Jawapannya.., kembalilah kepada Allah. Bawalah hati kita semua kepada Allah. Telah sekian lamu Allah mahu kita kembali kepadaNya dan mengakui kelemahan, kejahilan dan kesombongan kita. Siraman ketenangan atau penawar jiwa itu ada pada Zikrullah, Taubat, Istighfar, Tilawatul quran, Munajat, zikrul Maut (mengingati mati), Solat Malam, Berkhidmat untuk ummah dan bersahabat dengan para solhin.
10. Raja’ bin Haiwah rahimahullah berkata: “Seseorang yang banyak mengingati mati itu tidak akan bersikap melainkan meninggalkan kegembiraan (keseronokan tanpa batasan) dan berdengki-dengkian. (Rujukkan: Az Zuhd oleh Imam Ahmad ibn Hanbal rahimahullah).

 
© Copyright by SAHABAT AMAL  |  Template by Blogspot tutorial