INSYA ALLAH! REZEKI KITA DIMARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

JANA PENDAPATAN & DOWNLOAD NASYID DI MARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

Friday, January 15, 2010

MUDA-MUDA LAGI DAH GILAA..

CHICAGO – Saidina Uthman r.a. berkata: “Susah hati (kerungsingan) dalam bab-bab (urusan) Akhirat akan menjadikan hati bercahaya dan susah hati dalm bab-bab (urusan) dunia (semata-mata) akan menjadikan hati gelap. Benar sekali apa yang diungkapkannya itu.

2. Terlampau stress pasal dunia yang berserabut ini juga bukan setakat menggelapkan hati dan memadam sakik baki cahaya yang ada di dalamnya bahkan melahirkan saban hari manusia-manusia semakin terganggu minda dan emosinya.

3. MUDA-MUDA LAGI DAH GILA..
Khabarnya jumlah pesakit mental dan jiwa di kalangan pelajar sekolah tinggi dan kolej di Amerika Syarikat (AS) kini meningkat lima kali ganda menurut satu kajian terbaru berbanding golongan muda seusia ketika Zaman Kemelesetan Ekonomi melanda AS pada tahun 1930-an.

Apa lagi. Perkembangan ini ternyata mengesahkan kebimbangan para kaunselor di AS yang telah lama mengesyaki bahawa semakin ramai pelajar negara itu tertekan dengan alam persekolahan dan kehidupan harian mereka.

5. Bagaimana pula situasi pelajar-pelajar di negara kita? Apakah ia akan menimpa pelajar-pelajar di barat dan pelajar non muslim sahaja? Sama sekali tidak. Keadaan yang sama boleh berlaku dan menimpa golongan pelajar dan siapa sahaja di negara kita hatta ke atas pelajar-pelajar Islam (umat Islam) juga yang lemah iman, tauhid dan pergantungan mereka kepada Allah.

6. NAK BUAT APA SEKARANG?
"Soalnya sekarang, apakah langkah yang perlu dilaksanakan bagi membantu golongan muda pada masa kini," kata seorang profesor di Universiti Negeri San Diego, Jean Twenge yang juga pengarang utama kajian tersebut.

6. Diketuai oleh Twenge, kumpulan penyelidik di lima buah universiti itu telah menganalisis maklum balas daripada 77,576 pelajar sekolah tinggi atau kolej. Hasil kajian itu yang baru didedahkan itu akan dipaparkan dalam edisi terbaru jurnal psikologi Clinical Psychology Review.

7. FAKTA ATAU SPEKULASI?
Ia mencetuskan spekulasi di kalangan pakar kesihatan mental bahawa golongan muda di AS berdepan pelbagai tekanan akibat budaya popular yang memberi penekanan pada aspek luaran kehidupan termasuk kekayaan, rupa paras dan status.

8. NAK TAHU PUNCANYA?
"Sejak dari kanak-kanak lagi, kita telah diajar bahawa kekayaan diukur dengan wang dan apabila meningkat dewasa, kita tertekan untuk belajar bersungguh-sungguh semata-mata kerana wang," kata seorang pelajar Universiti Miami, Sarah Ann Slater, 21. - AP

0 comments:

 
© Copyright by SAHABAT AMAL  |  Template by Blogspot tutorial