INSYA ALLAH! REZEKI KITA DIMARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

JANA PENDAPATAN & DOWNLOAD NASYID DI MARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

Wednesday, January 20, 2010

SAAT NERAKA BERBELAS KASIHAN


1. Orang beriman amat takut dan gerunkan api neraka kerana siksanya maha menyakitkan lagi tidak terperi kepedihannya. Apa tidaknya? Itulah seburuk-buruk kesudahan dan seburuk-buruk tempat tinggal.
2. Kerana takutkan siksa neraka, mereka beribadat dan berdoa dalam esak tangis dan linangan air mata. Hati mereka bergoncang dan tubuh mereka menggigil setiapkali ayat-ayat berkenaan siksa neraka dibaca oleh mereka maupun diperdengarkan kepada mereka. Rambut mereka memutih antaranya kerana merenungkan segala ayat dan sabda yang membicarakan perihal neraka sepertimana yang berlaku pada diri Nabi saw.

3. Saban hari mereka berdoa penuh harap agar diri sendiri dan sekelian ahli keluarga terselamat dan terpelihara dari menjadi bahan bakar neraka.
4. Seusai solat Subuh dan Maghrib, mereka membacakan doa: “Allahumma ajirni (ajirna) minan nar (Ya Allah, selamatkanlah diriku (dari kami) dari siksa neraka),” sebanyak tujuh kali sebagaimana yang diperintahkan oleh Nabi saw.
5. Di dalam Ummud Doa (Ibu segala doa), mukmin terus memohon agar dirinya dan sekelian umat Islam diselamatkan Allah dari siksa neraka.
6. Bahkan di dalm doa makan juga, terdapat ungkapan permohonan dan doa agar dihindarkan dari azab neraka.
7. Apakah doa sekelian mukminin agar terhindar dari api neraka itu untuk suka-suka sahaja? Apakah munajat mereka itu berterbangan entah kemana bagai di puput angin lalu?
8. Tidak sama sekali! Allah Maha Mendengar dan Mengkabulkan segala permintaan dan hajat hamba-hambaNya yang mukhlisin. Permohonan mereka tidak akan disia-siakan. Allah SWT tidak akan membenar dan membiarkan walaupun sesaat tubuh mereka dijamah dan diratah oleh julang api yang menyala-nyala.
9. Allah amat kenal dan tahu siapakah di kalangan hamba-hambaNya yang menangis kerana takutkan kebesaranNya dan gerunkan siksa nerakaNya bahkan neraka juga turut mengenali dan mengecam mereka-mereka yang berdoa siang dan malam agar terselamat dari menderita kesakitan di dalam kawah apinya.
10. Selanjutnya neraka tidak mahu membakar dan enggan menyiksa mereka kerana ia berbelas kasihan andai melihat tubuh-tubuh mereka yang lemah itu disakiti, melepuh dan rentung kepanasan. Kesemuanya kerana rahmat Allah ke atas mereka, kerana kemuliaan iman dan taqwa, kerana ketulusan doa, keheningan munajat dipenghujung malam yang sunyi juga kegerunan yang tercetus di dalam hati mereka terhadap siksa neraka semasa singgah sebentar di dunia dulu.
11. Imam Mujahid rahimahullah berkata: “Seorang hamba diperintahkan Allah agar dihumbankan ke dalam neraka. Namun neraka menyingkir (enggan membakar dan menyiksanya). Hamba itu lantas bertanya: “Mengapa kamu tidak menyiksa diriku?” Anda tahu apa jawab neraka: “..dahulu (semasa di dunia) engkau selalu memohon (Allah) dari siksaku.” Maka hamba itupun diselamatkan dari neraka. Sallimna ya Rabb. (Kitab Az Zuhd: Imam ahmad bin Hanbal Rahimahullah).

 
© Copyright by SAHABAT AMAL  |  Template by Blogspot tutorial