INSYA ALLAH! REZEKI KITA DIMARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

JANA PENDAPATAN & DOWNLOAD NASYID DI MARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

Sunday, January 17, 2010

MAHU MENCAPAI MAHABBATULLAH?

1. Perjalanan dan pendakian mencapai tangga (maqam) Mahabbatullah bukanlah semudah yang kita sangkakan namun ia bertukar menjadi mudah kepada ‘mereka-mereka’ yang dipermudahkan Allah.
2. Usaha dan matlamat mulia dan tertinggi itu hanya akan tercapai bilamana para salikin berjaya dan berhasil menekan serta mengekang segala keinginan nafsunya yang ‘Mazmum’ (tercela) lagi terlarang itu.

Banarlah sabda Nabi saw yang menjelaskan bahawa ‘perjalanan’ menuju syurga yang maha indah lagi penuh kelazatan itu diliputi dengan macam dugaan dan penderitaan yang sebahagiannya hanya terhasil dengan cara menekan dan mengekang keinginan nafsu yang sentiasa mengajak kepada kejahatan itu, manakala neraka pula sejak awal diliputi dengan segala keinginan dan kemahuan syahwat yang hina dina.
4. Sungguh, kemuliaanlah bagi orang yang dapat ‘menekan’ hawa nafsunya manakala bagi yang sentiasa memenuhi keiginannya, kehinaan akan menuruti dirinya walau ke mana-mana.
Muhammad bin Abdul Qawi Al Mardawi mengatakan: “Andai hawa nafsu itu ditekan, akan lahirlah kemuliaan; Dan saat keinginannya dipenuhi, di situlah ada kehinaan yang abadi.” (Ghiza-ul Albab Syarah Manzhumatul Adab, Jilid 2 mukasurat 455).
5. Bagaimanakah kita dapat mengesan bahawa diri kita telah terjerat di dalam perangkap nafsu yang tercela? Kebiasaannya Nafsu yang tercela (Ammarah) ialah sentiasa mengarah dan mengajak manusia kepada segala bentuk kebatilan dan segala unsur yang haram. Bila manusia kalah dalam pertarungan (Mujahadah mengekang nafsu) ini, maka sedar atau tidak dia telah menjadi ‘hamba kepada nafsu’nya sendiri manakala di akhirat sana Allah akan membenamkannya ke dalam neraka Al Hawiyah.
6. As Syeikh Muhammad As Safaraini dalam Syarah Manzhumatul Adab juga mengungkapkan kenyataan serupa yang berbunyi: “Saat diri kita tidak mengikuti keinginan ahwa nafsu, maka akan tercetus (lahirlah) kemuliaan. Bukan hanya anugerah kemuliaan bahkah Allah swt juga menghadiahkan kepadanya kekuatan dan daya tahan (imuniti) yang membentenginya dari tipu daya syaitan serta seluruh bala tentaranya dan dia tidak akan jatuh dalam kehinaan.”
7. Benar sekali. Syaitan tidak akan berdaya berbuat apa-apa selagi mana nafsu berada di dalam kawalan dan takluk pemiliknya yang bertaqwa lagi kuat hubungan dengan Allah swt. Namun harus diingat bahawa bila-bila masa sahaja nafsu bakal jatuh menjadi tunggangan jinaknya bilamana pemilik asalnya lemah iman dan syariatnya, lemah mujahadah dan pengangannya kepada allah swt.
8. Islam mengajar umatnya bahawa cambuk bagi menjinakkan kedegilan dan keliaran nafsu itu ialah dengan sentiasa ber’Iqtida’ (tunduk serta berpegang teguh pada hukum hakam syariat manakala ‘pengendali arah’nya agar sentiasa lurus dan tetap di jalan Tuhan ialah kendali Taqwallah.

0 comments:

 
© Copyright by SAHABAT AMAL  |  Template by Blogspot tutorial