INSYA ALLAH! REZEKI KITA DIMARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

JANA PENDAPATAN & DOWNLOAD NASYID DI MARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

Saturday, January 9, 2010

Sepasang Mataku..


1. Pandangan dan sorotan mata kepada perkara dan objek maksiat (dosa) lagi tidak disusuli taubat Nasuha tentu sahaja bakal menerima ancaman Allah berupa julangan-julangan, cairan api neraka yang maha panas sehingga melepuh terbakar, masak dan rentunglah sepasang mata itu.

2. Tanpa iman yang teguh, beberapa banyak sudah bebola mata kita meleret melihat sesuatu yang diharamkan Allah? Dan berapa kali pula lagi kita akan terus terjebak menyaksikan yang haram-haram itu akibat ketagihan ‘nafsu’ yang sudah tidak dapat dikawal? Ya.., Muhasabah untuk diri saya sendiri. Berapa banyakkah ‘pandangan dosa’ yang telah menembusi dan membolos sepasang mata anugerah dan amanah Allah kepada kita? Dan berapa kalikah pula mata kita dimanfaatkan untuk merenung dan menyaksikan ayat-ayat Ilahi samada ayat Matluwwah dan ayat Manzhurahnya?
3. Andai dosa kita tidak terampun, bayangkan saat mana julangan api neraka yang mengelodak panas itu menyambar lalu membakar kedua belah mata kita! Mampukah kita menghadapi kesakitan dan kepedihannya? Kuatkah kita untuk tidak ‘meraung’ , mengaduh dan menjerit saat bertandang azab itu?? Irhamna Ya Allah…Allah…Allah…Alllah..Tub ‘alaina ya Allah..
4. Makhul rahimahullah berkata: “Dua jenis mata yang tidak akan disentuh api neraka. Itulah mata:
a. Sentiasa menagis kerana takutkan Allah swt.
b. Mata yang tidak tidur malam (berkawal, beribadat dan bermunajat di jalan Allah) tanpa ketahui oleh orang-orang lain.
5. Ya Allah! Kurniakan kami sepasang mata yang sentiaa menangis untuk dan keranaMu ya Allah..

0 comments:

 
© Copyright by SAHABAT AMAL  |  Template by Blogspot tutorial