INSYA ALLAH! REZEKI KITA DIMARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

JANA PENDAPATAN & DOWNLOAD NASYID DI MARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

Thursday, April 29, 2010

HMI : HOSPITAL MESRA IBADAH

PULAU PINANG:
Sebelum ini, kalau sebut HMI mesti teringatkan slot Hiburan Minggu Ini di stesyen TV. Namun HMI yang kita nak sebutkan dalam artikel ini lebih ‘Holistik’ dan terarah kepada penghayatan Islam yang bersifat ‘Way Of Life’. Jom kita baca.

HMI ialah sebuah Konsep yang bermaksud ‘Hospital Mesra Ibadah’ yang sehingga kini telah pun berjaya dilaksanakan di empat hospital awam dan 11 hospital swasta di seluruh tanahair. Empat hospital awam berkenaan adalah Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, Hospital Sungai Petani (HSP), Hospital Alor Star, Hospital Pulau Pinang (HPP) manakala antara hospital swasta adalah Pusat Perubatan Kampung Baru (KBMC).

Apakah gagasan dan objektif HMI?

HMI merupakan satu gagasan pengurusan hospital yang memberi fokus kepada nilai-nilai kecemerlangan dalam perkhidmatan serta kesejahteraan pelanggan melalui penerapan dan penghayatan Islam. HMI Menyediakan khidmat bimbingan beribadat dan kerohanian kepada pesakit.
Apa yang menariknya juga ialah seorang pegawai agama akan ditempatkan di HMI untuk memberi panduan, kaunselor dan pembimbing kepada pesakit beragama Islam juga berfungsi sebagai sahabat kepada keluarga pesakit.

Lebih banyak HMI diperlukan

“ Jumlah yang tersebut belum mencukupi dan usaha ke arah mendedahkan konsep itu dalam kalangan pengamal perubatan perlu dilakukan secara berterusan supaya pelaksanaan secara menyeluruh dapat dilakukan, “ kata Pengarah Institut Perubatan dan Pergigian Termaju, Universiti Sains Malaysia (USM) Dr Ramli Saad.

Komen: Bagi saya, HMI adalah konsep yang sangat baik sekali samada kepada pesakit, keluarga pesakit maupun pengamal perubatan kerana ia menjana kepada keimanan dan kecemerlangan duniawi dan ukhrawi.

Bukankah Islam mengajar kita bahawa kesakitan yang dialami seseorang umatnya merupakan penghapusan dosa dan peninggian martabat di sisi Allah SWT? Syariat juga menetapkan bahawa selagi belum koma, gila atau hilang akal, maka kewjipan beribadat seorang Mukallaf itu masih tetap ada dan tidak terangkat. Jester, ibadat solat (khasnya) yang bersifat fardhu ‘Ain itu hendaklah dilaksanakan menurut kemampuan dan sedaya upayanya sebagaimana yang diajarkan oleh Nabi SAW.

Di sudut yang lain, musibah penyakit yang mengenai diri seseorang menjadi asbab untuk dirinya, keluarganya dan pengamal perubatan menjadi para mukminin dan mukminat yang tabah, sabar, redha, pasrah, rajin berdoa dan beribadat, bersangka baik dan kuat bertawakkal kepada Allah. Subhanallah! Di dalam kesakitan ada 1000 rahmat.

0 comments:

 
© Copyright by SAHABAT AMAL  |  Template by Blogspot tutorial