INSYA ALLAH! REZEKI KITA DIMARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

JANA PENDAPATAN & DOWNLOAD NASYID DI MARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

Wednesday, April 14, 2010

BILA BUMI TUHAN DICEMARI DOSA


Lokasi pengambaran filem lucah di Taman Negara seperti yang dilaporkan akhbar Kosmo hari ini.

1. Generasi Ulul Albab yakni orang-orang yang beriman sentiasa yakin, sedar dan tahu bahawa makhluk-makhluk selain jin dan manusia sentiasa bertasbih memuji dan memuja kebesaran Allah SWT, Tuhan Yang Maha Agung lagi Pencipta.

2. Flora dan fauna, unggas dan mergastua masing-masing berzikir, bertahmid dan bertasbih mensucikan Allah dalam bahasa dan suara mereka masing-masing. Dalam bahasa yang mereka faham namun manusia tidak mampu memahaminya.

3. Zikir mereka bersahut-sahutan, tidak putus-putus, tidak jemu-jemu siang dan malam, pagi dan petang. Maha Suci Allah. Tiada yang sia-sia di dalam tadbir kuasa dan ciptaNya.

4. Sebaliknya, amat menyedihkan bilamana manusia yang bergelar 'Khalifah' Allah itu tidak suka, jemu, malas dan benci memuji Allah swt. Lidah dan hati mereka kering kontang dari zikrullah walhal kepada merekalah dunia ini diamanahkan. Manusia yang buta hatinya asyik tenggelam memuja sesama makhluk semata tetapi lupa untuk memuji Khaliq yakni Allah yang Maha Pencipta.

5. Manusia yang Fajir tidak malu pada flora dan fauna, unggas dan mergastua, bulan dan bintang, gunung-ganang dan lautan, langit dan bumi, udara dan air dan segalanya yang asyik di dalam irama zikrullah penuh kesyahduan dan kedamaian.

6. Manusia bukan sahaja tidak malu kerana tidak mengingati Allah, bahkan mereka juga tidak malu menderhakai Allah dengan disaksikan flora dan fauna, unggas dan mergas tua dan sekelian makhluk Allah yang lain.

7. Kini, kedamaian dan keindahan flora dan fauna, keriuhan unggas dan mergastua
di sebahagian pusat rekreasi dan percutian tanahair telah mula dicemari dan dikotori dengan perlakuan maksiat dan dosa kepada Allah. Manusia bejat tanpa segan silu mengotori keindahan alam ciptaan Tuhan dengan perlakuan mungkar. Saban hari kita didedahkan media betapa ramai pasangan remaja dan muda mudi kita yang awalnya tenggelam dibuai syahwat nafsu syaitan kemudian akhirnya terjebak dan terperangkap ke kancah maksiat dan kehinaan. Bermula dengan pertemua terlarang diikuti duduk berdua-duaan bermadu asmara, berpeluk-pelukan, bercium-ciuaman dan akhirnya ada yang sampai ke tahap berzina di tempat-tempat percutian sedemikian? Suasana sunyi, tenang dan tersorok sebegitu menjadikan mereka rasa terlindung untuk melakukan maksiat dan dosa.

8. Yang terbaru adalah sebagaimana yang dilaporkan oleh harian Kosmo hari ini. Menurut akhbar berkenaan, ada penerbit filem asing dipercayai telah menjadikan Taman Negara sebagai lokasi pembikinan filem lucah. Penggambaran tersebut dikatakan dilakukan dengan melibatkan pelakonnya berbogel di Taman Negara Kuala Tahan di sini sehingga mencetuskan kemarahan penduduk tempatan.

9. Fikir saya, mesti ada juga orang atau kumpulan tertentu yang terlibat. Jika tidak, takkanlah penerbit asing itu boleh sampai ke lokasi berkenaan. Atas nama umat Islam dan rakyat Malaysia kita rasa malu. Dan kita lebih malu kalau rakyat kita juga terlibat sama mencemarkan keindahan tanahair kita dengan perbuatan hina dan terkutuk sedemikian.
Apakah mereka tidak malu pada Allah Yang Maha Melihat lagi Maha Mengetahui? Apakah mereka tidak malu pada alam ciptaan Allah yang sentiasa berzikir mengingati Allah?



0 comments:

 
© Copyright by SAHABAT AMAL  |  Template by Blogspot tutorial