INSYA ALLAH! REZEKI KITA DIMARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

JANA PENDAPATAN & DOWNLOAD NASYID DI MARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

Tuesday, April 27, 2010

SAAT KENING MEMERCIK KERINGAT

Seseorang dikira sihat andai tubuhnya dapat mengalirkan peluh. Bila peluh tidak keluar, badan rasa lemah dan tidak sihat. Bersama keluarnya peluh atau disebut juga keringat, maka keluarlah bersamanya kekotoran yang ada di dalam badan seperti toksik, angin jahat, kolestrol dan sebagainya. Disamping ‘pembuangan air besar dan air kecil, tubuh yang mengeluarkan peluh dikira memiliki sistem perkumuhan yang baik dan teratur.

PELUH ‘KERINGAT’ SAAT KEMATIAN

Kalau peluh menjadi petanda baik dan penanda aras yang positif bagi kehidupan manusia yang sihat dan berkualiti, maka demikian juga ‘maksud’ peluh atau keringat yang mengalir keluar dari ‘kening’ seseorang yang meninggal dunia. Ia petanda positif. Ia ‘Busyra’ yakni berita gembira buat dirinya dan sekelian ahli keluarga yang menangisi pemergiannya. Peluh yang memercik keluar dari kening seseorang saat hadir kematiannya menjadi petanda bahawa dirinya seorang mukmin. Allahhh!!

Satu kisah telah berlaku di Khurasan. Sahabat yang mulia bernama Buraidah ibn Al Hasib r.a. pergi menjenguk saudara laki-lakinya yang sedang sakit. Namun, saudaranya didapati telah meninggal dunia. Saat itulah, beliau melihat keringat keluar dari keningnya.
‘’Allahu Akbar’’ ucap Buraidah (penuh takjub) saat melihat kejadian itu. Beliau berkata lagi: “Aku pernah mendengar Rasulullah saw bersabda: “..Kematian orang mukmin (disertai) dengan keringat yang keluar dari keningnya.” (Riwayat Imam Ahmad dan at Tirmizi dan ia menganggap hadis ini bertaraf Hasan, An Nasa’ie, Ibnu Majah, , Ibnu Hibban, Al Hakim, At Toyalisi dan Abu Nu’aim dalam Hilyah).

Dalam sebuah riwayat yang lain disebutkan: “Orang mukmin mati disertai keringat yang keluar dari keningnya.”

PETANDA BAIK

Kenyataan bahawa peluh yang keluar dari kening seseorang saat menjelang kematiannya itu sebagai ‘petanda baik’ buat dirinya itu telah disokong oleh Ibnu Malik. Katanya: “Kematian yang hadir menyebabkan orang mukmin ditimpa kepayahan dan kesusahan. Bahkan, kerana susah (beratnya sakarat itu), sampai keluar keringat dari keningnya bertujuan membersihkan dosa-dosanya ataupun untuk meningkatkan darjatnya.”

Besar sekali kasih sayang Allah kepada hamba-hambaNya yang beriman. Bagi hamba yang mukmin pula, ia redha, sabar dan pasrah sepenuhnya dengan kemuncak ujian itu kerana dia faham dan sedar bahawa dengan cara itu Allah swt mahu mengkifaratkan saki baki karat dosa yang ada di dalam dirinya. Seandainya segala dosanya telah pun diampunkan sebelum kematian, maka Sakarat yang menimpa dirinya menjadi faktor kegemilangan darjatnya di syurga sana.

Selain itu, ada satu pendapat lain telah dicatatkan berkenaan ‘peluh’ yang keluar dari kening orang beriman itu. Pendapat itu mengatakan bahawa peluh yang keluar di dahi seseorang itu adalah sebagai ungkapan betapa dahsyatnya kematian.

MUKMIN MALU PADA TUHANNYA

Al Hafiz Al ‘Iraqi juga turut memberikan komentarnya. Katanya di dalam Quwwatul Mughtaza: “Para ulama berbeza pandangan dalam menghuraikan hadis ini. Satu pendapat telah mengatakan bahawa keringat yang keluar di kening simati (mukmin) adalah untuk mengubati (beratnya) sakarat kematian. Pendapat yang lain pula menyebutkan bahawa ‘peluh’ yang memercik dikening jenazah mukmin adalah ‘ekspresi’ dirinya betapa ia amat malu kepada Allah SWT saat memperolehi berita gembira (dengan pengampunan dan syurga) walhal ia pernah melakukan dosa semasa hayatnya.” (Rujukan: Tuhfatul Ahwazi: 3/417-cetakan pertama Darul Hadith-1421H/2001.)

Sekalipun ada pelbagai pandangan mengenai perkara ini, namun sabda Nabi saw telah menjadi sandaran bahawa apa yang berlaku pada diri mukmin saat kematiannya itu merupakan satu anugerah yang besar, berita gembira, tanda kebaikan yang tidak perlu diragukan lagi kerana ia pastinya satu situasi yang sungguh istimewa yang mustahil berlaku pada diri orang yang berdosa, zalim dan kufur kepada Allah swt.

0 comments:

 
© Copyright by SAHABAT AMAL  |  Template by Blogspot tutorial