INSYA ALLAH! REZEKI KITA DIMARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

JANA PENDAPATAN & DOWNLOAD NASYID DI MARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

Wednesday, April 21, 2010

NATIJAH ZIKRUL MAUT

Orang yang faham dan menyedari bahawa setiap hari yang dikurniakan Allah itu merupakan peluang untuk beribadah dan modal untuk menambah amal, tentunya dia akan teramat sibuk untuk mengisinya sebaik mungkin.

Berasaskan kesedarannya yang mendalam itu juga, dia akur bahawa langsung tiada jaminan hadirnya ‘hari esok’ untuknya. Maka di sepanjang hari ini dia amat bersikap redha, realistik, sangat rasional, produktif, kreatif, kuat berusaha dan pasrah bertawakkal kepada Allah swt. Tiada ruang baginya untuk berkhayal dan melayan ‘Thulul Amal’ yakni angan-angan yang terlalu jauh dan mustahil tercapai. Inilah pegangan hidup insan beriman.

Kesibukan orang beriman itu tentunya beroreantasikan amal soleh, makrufat , mujahadah dan jihad fi Sabilillah. Manakala kesibukan orang yang Fajir (banyak dosa) pula tentu sekali berpaksikan dosa, kejahatan, kezaliman dan kefasadan.

Orang beriman memotivasikan dirinya untuk pantas menyiapkan bekal akhirat dengan kesedarannya yang kuat betapa setiap hari yang hadir dalam hidupnya adalah merupakan hari yang terakhir di dalam riwayat hidupnya. Bahkan setiap kali mendirikan solat , dirasakan bahawa solat itu juga bagaikan solat Wida’ (lambaian selamat tinggal) terhadap dunia sementara yang disinggahnya.

Lalu, petunjuk dan teladan apakah yang akan kita saksikan wujud pada diri seorang yang setiap hari meyakini dan merasakan bahawa ajalnya sudah semakin mendekat dan bilahan harinya sudah semakin berpenghujung? Adakah dia sanggup membuang masa dengan melepak , berpeleseran, melampias kesyahwatan, menabur kerosakan, dan melakukan kejahatan? Sudah tentu tidak!

Zikrul Akhirah (ingatan kepada akhirat) dan Zikrul Maut (ingatan kepada kematian) telah membentuk dirinya tekun bekerja dan rajin beramal semata-mata untuk mencari keredhaan dan keampunan Allah sahaja .

Untuk fokus dan sukses sepanjang harinya, maka dia tidak mahu melayan lagi was-was dan mainan syaitan dan runtunan syahawat yang hina yang mahu menggagalkan perjuangan sucinya. Firman Allah SWT: “..Syaitan itu menjanjikan (menakut-nakutkan ) kamu dengan kemiskinan dan kepapaan (jika kamu bersedekah dan menderma) dan dia menyuruh kamu melakukan perbuatan yang keji (bakhil & kedekut), sedangkan Allah menjanjikan kamu (dengan) keampunan dariNya dan limpahan kurniaNya.” (Al Baqarah: 268).



0 comments:

 
© Copyright by SAHABAT AMAL  |  Template by Blogspot tutorial