INSYA ALLAH! REZEKI KITA DIMARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

JANA PENDAPATAN & DOWNLOAD NASYID DI MARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

Saturday, April 10, 2010

PELAJAR YANG MULIA & SAMSENG YANG HINA

SHAH ALAM:
1. Gawat sekali. Kerana hendak mempertahan dan menyelamatkan seorang guru wanita, seorang pelajar tingkatan empat di sebuah sekolah menengah Sek 27 di sini telah di belasah dengan topi keledar oleh seorang dari dua lelaki yang datang menyerang dan menceroboh sekolah tersebut pagi semalam.

2. Setelah membaca cerita tersebut di dada akhbar pagi tadi saya teringat kata-kata guru saya bahawa: "Hidup kita di dunia ini adalah gelanggang ujian untuk menguji di kalangan hamba siapa yang syukur dan siapa yang kufur. Antara yang inginkan kemuliaan dan yang inginkan kehinaan. Yang pilih untuk jadi soleh ataupun nak jadi Toleh. Nak pilih kehidupan yang putih ataupun yang hitam".

Guru saya menyambung lagi: "..Melalui panduan Kitabullah dan As Sunnah serta Para Rasul yang diutuskan, telah dijelaskan bahawa jalan manakah yang harus dipilih oleh manusia jika mereka mahukan keselamatan di dunia dan akhirat."

3. Dua samseng 'penceroboh' yang berada di bawah pengarul alkohol itu wajar kita katakan sebagai syaitan yang bertopengkan manusia. Mereka telah memilih jalan dan perbuatan yang hina pada pandangan agama, adat dan budaya. Serangan yang dilakukan adalah perbuatan keji yang menzahirkan betapa kering kontangnya iman di jiwa. Nak tunjuk hebat konon. Kalau nak tunjuk hebat sangat, seranglah musuh-musuh Allah yang menindas dan memijak umat Islam! Iniii..setakat nak tunjuk samseng dekat cikgu perempuan saja. Sungguh memalukan.

Kepada mereka kita katakan: "kembalilah kepada kemuliaan dengan bertaubat dan menginsafi perbuatan tersebut! selagi pintu taubat masih terbuka mereka berdua dan sesiapa sahaja yang terlanjur melakukan kesalahan dan dosa, adalah wajar bersegera berhijrah kepada Allah swt agar mati kita di dalam Husnul Khatimah."

4. Kepada pelajar tingkatan 4 yang telah dibelasah semata-mata kerana mahu menyelamatkan cikgunya pula, maka saya katakan ia adalah amalan yang sangat mulia pada pandangan Allah dan Rasul. Tindakan anda adalah amalan Mahmudah yang terpuji di sisi agama. Tindakan anda itu tepat dan anda wajar menjadi insan contoh. Tahniah kepada ibubapa dan guru-guru yang mendidik anda. Kita perlu ramai lagi pelajar-pelajar yang bersikap mulia sedemikian. Pelajar-pelajar yang mengasihi, menghormati dan mempertahankan Allah dan rasul, ibubapa, keluarga dan guru-gurunya lebih daripada fantasi cinta monyet terhadap'awek-awek'mereka.

5. Ia sekadar pandang sisi saya. Moga ada manfaat buat saya dan kita semua.

0 comments:

 
© Copyright by SAHABAT AMAL  |  Template by Blogspot tutorial