INSYA ALLAH! REZEKI KITA DIMARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

JANA PENDAPATAN & DOWNLOAD NASYID DI MARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

Wednesday, April 7, 2010

DUNIA SEMENTARA : CUKUPKAH PERSIAPAN KITA?

Selain berperanan sebagai hambaNya, manusia juga diciptakan Allah agar berperanan sebagai khalifahNya di muka bumi ini. Sebagai khalifah, manusia dikehendaki memakmurkan bumi ini serta mengambil segala manfaat yang ada bumi menurut Manhaj yang telah ditetapkan Allah swt.

Ertinya, sebagai khalifah Allah, manusia tak boleh sesuka hatinya dan ‘sembrono’ mengatur dan membangunkan bumi ini, apalagi bertindak memusnahkannya. Bumi ini Allah yang punya dan manusia hanyalah diamanah dan diperintahkan untuk memakmurkannya menurut kehendak dan kemahuanNya, bukannnya kemahuan mereka sendiri.

Lihatlah, apa yang telah berlaku pada cuaca dan suhu bumi sekarang akibat daripada ketamakan, kejahatan dan keangkuhan syaitan-syaitan yang bertopengkan wajah manusia bahkan manusia yang berhati syaitan.

Para Rasul : Penghurai Manhaj Rabbani

Agar manusia mendapat panduan tepat, benar dan jelas bagaimana cara mengatur, memacu dan memakmurkan bumi ke arah kesejahteraan rohani dan jasmani, ke arah kebahgiaan sejati dan kemuliaan global, maka Alah swt telah mengutuskan para mursalin ke muka bumi ini.

Para Mursalin yang berakhir dengan perutusan Nabi Muhammad saw membawa khabar gembira ‘Tabsyir’ kepada hamba yang akur, taat, bersikap adil, menegakkan ‘Ihsan’ serta mematuhi Manhaj islami dalam rangka kerja memakmurkan bumi. Manakala bagi manusia-manusia penjarah, penghisap darah, pemilik cemeti, penzalim yang angkuh, rakus lagi membabi buta meranapkan kesejahteraan bumi, menyingkirkan segar keharumannya serta menghilangkan kenyamanannya sejak dulu lagi telah dihadapkan dengan berita-berita ‘Tanzir’ yakni ancaman siksa yang keras di dunia dan azab yang tidak terperi di Akhirat nanti.

Bagi memudahkan perjalanan hidup di dunia dan agar segala kewajipan mereka dapat dilaksanakan secara lancar dan tersusun, maka Allah tundukkan kepada manusia sekelian makhluknya buat maslahat dan manfaat mereka. Lihatlah bagaimana taat dan patuhnya matahari, bumi, air, udara, bulan, bintang, gunung-ganang, binatang ternak, pokok, daratan, lautan kepada Allah swt. Mereka bekerja umpama satu pasukan memberi khidmat dan manfaat kepada umat manusia. Adakah kita menyedari dan menginsafi hal ini atau kita terlalu yakin untuk hidup lama lagi di sini?

Bumi hanyalah persinggahan sementara sahaja buat manusia. Hakikat itu hendaklah ditelan manusia serta menerimanya dengan pasrah dan redha. Setiap manusia bahkan sekelian makhluk telah ditentukan ajalnya yang tersendiri yang ‘mencukupi’ dan ‘memadai’ supaya dengan kadar masa, umur dan ajal itu, mereka dapat melangsaikan segala tuntutan dan kewajipan yang diperintahkan. Sampai masa dan ketikanya, mahu atau tidak, bersedia ataupun tidak, suka atau pun tidak, mereka pasti akan berangkat pulang meninggalkan dunia yang fana ini menuju alam yang abadi.

Bilamana nama kita tercalon untuk berangkat pulang, sekuat mana pun genggaman dan cinta kita terhadap dunia ini, terpaksa kita lepaskan. Kita akan tinggalkannya dibelakang sejauh-jauhnya dan selama-lamanya. Selamat tinggal wahai dunia..Kemahsyuran, kebesaran, kekuasaan, pangkat, darjat, nama dan pengaruh.., semuanya akan ditinggalkan. Kita akan berangkat pergi seorang diri meninggalkan semua yang dikasihi.

Bila kematian menjelma, perjalanan awal menuju Akhirat mula terbentang di depan mata. Akhirat yang kita tuju itu merupakan destinasi terakhir kita yang sama sekali tidak sama dengan bumi yang kita huni buat seketika ini. Di sana segala amalan kita akan dibentangkan kemudian akan dibalas dengan ganjaran yang setimpal. Samada baik atau buruk. Samada mulia atau hina. Samada bahagia atau celaka. Samada syurga maupun neraka. Inilah alam Akhirat yang kekal abadi. Kehidupan yang lebih baik, lebih kekal dan selama-lamanya.

Kalau begitu, ambillah dunia sebagai ‘wasilah’ menuju Akhirat. Jadikanlah ia ‘Ladang Tanaman’ yang mana hasil tuaiannya akan dinikmati di akhirat. Ambillah dunia dalam ‘kadar’ yang tidak membebankan kita di akhirat sana, bertepatan dengan Manhaj Rabbaniy (Islam) yang diredhai Allah sebagai anutan dan hidup mati kita semua. Berhati-hatilah daripada tipuan dunia yang mempersona bagaikan Fatamorgana dan usahlah terpana dengan pujuk rayunya hingga kita lupa untuk beramal dan menyediakan ‘perbekalan’ menuju akhirat sana.

0 comments:

 
© Copyright by SAHABAT AMAL  |  Template by Blogspot tutorial