INSYA ALLAH! REZEKI KITA DIMARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

JANA PENDAPATAN & DOWNLOAD NASYID DI MARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

Tuesday, April 20, 2010

"PENDIDIKAN ISLAM MAMPU MENDIDIK NAFSU, " UJAR TUN DR. MAHATHIR


KUALA LUMPUR -
1."..Dalam (silibus) pengajaran agama Islam (pendidikan Islam) di sekolah-sekolah, sudah ada pun (Bab) Pendidikan seks (Munakahat), maka ia tidak perlulah dijadikan sebagai subjek khas lagi, kata Tun Dr. Mahathir Mohamad.

2. Bekas Perdana Menteri itu berkata lagi: "Memadailah dengan menjelaskannya (kepada anak-anak kita)dengan baik mengenainya supaya anak-anak faham dan tidak mudah terpengaruh dengan nafsu.

3. Firman Allah SWT: "Dan tiadalah aku berani membersihkan diriku; sesungguhnya nafsu manusia itu sangat menyuruh (mengajak) melakukan kejahatan, kecuali orang-orang yang telah diberi rahmat oleh Tuhanku (maka terselamatlah ia dari hasutan nafsu itu). Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Surah Yusuf: 53)

4. Penting sekali kita mendidik nafsu agar ia kenal dan mencintai Allah. Orang yang boleh kekang dan didik nafsunya supaya patuh kepada Allah, maka darjatnya lebih mulia daripada para malaikat sebaliknya orang yang siang malamnya diperkudakan nafsu syahawatnya adalah lebih hina dan lebih sesat daripada binatang! Binatang pun sayang anaknya dan tak buang anaknya sesuka hati.

5. "..Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahannam kebanyakan dari jin dan manusia; mereka mempunyai hati tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah), dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu bagaikan binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai."(Al-A’raaf 7:179)

6. "..Dalam subjek agama Islam boleh dimasukkan perkara-perkara yang mengajar anak-anak berdisiplin dan mengawal nafsu kerana ia sebahagian daripada ajaran Islam, " tambah Tun lagi.

7. Saya setuju sangat pandangan Tun itu kerana Allah bekalkan nafsu dalam diri kita sebagai ujian kepada kita untuk menilai siapa di antara kita yang boleh patuh kepada Allah (menjadi hamba Allah) ataupun terpengaruh menjadi hamba nafsu. Allah perintahkan kita didik nafsu kita supaya dia jadi baik, tenang serta taat kepadaNya sentiasa dan hanya dihalakan kepada kebaikan semata-mata.

8. “Akibat tidak mengawal nafsu, bayi dibuang dalam tong sampah dan kerana itu dalam pembelajaran agama Islam perlu ditekankan tentang pentingnya pengawalan nafsu,” katanya lagi pada sidang akhbar di sini.

9. Insya Allah, jika kita balik kepada asas agama kita iaitu melihat bahawa 'nafsu Ammarah' dan godaan syaitanlah yang menjadi punca kepada kejahatan manusia, maka Allah akan bantu kita keluar daripada masalah yang meruncing ini. Sejak 1500 tahun yang lalu, Islam mengajar kita bahawa untuk selamat dari kejahatan syaitan dan nafsu, maka pendidikan iman dan Islam hendaklah dimantapkan dan dijayakan sungguh-sungguh sehingga ia benar-benar menjadi penghayatan dan perisai yang ampuh di dalam diri.

10. Bukankah Islam itu bererti 'selamat' dan 'sejahtera'? Tetapi kenapa kita lihat semakin hari semakain ramai umat Islam terjerumus dan terpedaya dengan kejahatan hingga hidup mereka di dunia jadi tak selamat lagi? Jawapannya, balik kepada asas. Tak selamatnya kita kerana kita tidak lagi menjadi muslim yang sejati. Kita hanya Islam pada nama, tidak pada amalan. Kita sudah amat jauh dari ajaran dan penghayatan Islam yang hakiki. Perintah dan larangan Allah sudah tidak dipeduli lagi manakala hukum-hakam Allah dipandang sepi. Akhirnya, Allah biarkan kita dan generasi kita berada dalam kehinaan dan kemusnahan.Inilah realiti yang sedang kita saksikan di saat dan ketika ini.

11. Usahlah kita membuang masa dan membazirkan usia, mencari dan tercari-cari lagi apakah jawapan dan penawar kepada masalah yang melanda ummah kita, walhal jawapan dan jalan keluarnya sudah lama termaktub di dalam lembaran kitab suci Al Quran dan hadis Nabi saw.Yakinlah kepada Islam kerana pastinya dialah satu-satunya jalan selamat!

12, Persoalannya, apakah pendidikan Seks menurut Islam (MUnakahat) dan panduan 'mengekang' nafsu syahawat itu telah benar-benar disampaikan kepada anak-anak kita samada di rumah maupun dalam silibus pendidikan mereka di sekolah? Apakah maklumat dan pembelajarannya di bangku persekolahan itu benar-benar mencukupi, memadai, berjaya dihayati serta menjadi benteng ampuh dari dosa dan maksiat ketikamana anak-anak dan remaja kita berada di dunia realiti? Sekali lagi..balik kepada asas agama.Kembalilah kepada Iman.

sahabatamal@Utusan

0 comments:

 
© Copyright by SAHABAT AMAL  |  Template by Blogspot tutorial