KANGAR:
Orang yang hidupnya di atas dunia ini dalam kemuliaan pasti sahaja akan dimuliakan Allah saat dan selepas kematiannya. Mulia hidupnya seseorang itu pula terletak pada bekal taqwa yang ada dalam dirinya. Inilah yang yang berlaku di sepanjang zaman sebagaimana yang dijelaskan Al quran dan sunnah Nabi saw.
2. Kisah yang berlaku di Tanah Perkuburan Islam Tok Paduka baru-baru ini sangat mengujakan kita semua. Ia membenarkan segala pengetahuan yang kita cedok dari telaga ilmu guru-guru kita. Tiga penggali kubur tergamam detelah menemui mayat dipercayai berusia lebih 30 tahun dalam keadaan elok dan sempurna, ketika menggali liang lahad untuk tujuan pengebumian jenazah lain yang baru meninggal.Mayat lelaki tidak dikenali itu ditemui jam 11.30 pagi sebaik ketiga-tiga penggali kubur berkenaan menggali liang lahad terbabit pada kedalaman 1.5 meter.
3. Subhanallah! Berdasarkan maklumat penggali kubur, mayat lelaki itu bukan saja masih elok dari segi fizikal, malah kain kafan jenazah juga masih sempurna, kecuali sedikit kotor akibat diselaputi lumpur. Bagaimanapun, kayu keranda yang digunakan untuk melindungi mayat sudah reput dimamah usia.
4. “Saya dah 30 tahun menggali kubur di sini, tetapi tidak pernah menemui kejadian sedemikian, walaupun pernah mendengar cerita mengenainya sebelum ini. Penemuan jenazah ini sungguh mengejutkan kerana sepanjang pengetahuan saya liang lahad yang digali itu memang kosong. Jenazah itu tidak berbau dan masih sempurna dengan kulit serta isi yang terlekat pada tubuh jarang dilihat, apatah lagi dengan usia jenazah yang dipercayai mencecah puluhan tahun,” cerita Penggali kubur, Desa Sulaiman, 74.
5. Lalu milik saiapakah jasad bertuah ini? Amal taqwa apakah yang menghiasi kehidupannya selama singgaj di dunia dahulu?
5. "Sepanjang pengetahuan saya, mayat yang masih elok dan sempurna walaupun berusia ratusan tahun kebiasaannya milik orang alim kerana jenazah mereka dilindungi Tuhan berikutan amalan baik yang dilakukan sepanjang hayat," katanya lagi.
Bolehkah Puasa Sunat Selepas 15 Sya’ban?
12 years ago
1 comments:
Smoga kita sama2 ambil iktibar dalam kisah diatas,bagaimana kematian kita?hanya Tuhan yang tahu..moga terus beramal deni mencari keredhaanya.
Post a Comment