INSYA ALLAH! REZEKI KITA DIMARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

JANA PENDAPATAN & DOWNLOAD NASYID DI MARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

Thursday, October 22, 2009

KITA TIADA PILIHAN LAIN

1. Al quran dan As Sunnah; itulah dua sumber utama kaum muslimin dan muslimat, tak kira di mana jua mereka berada. Samada dalam kedudukan majority atau kumpulan minority. Baik di timur maupun barat, utara maupun selatan, maka kedua sumber itulah menjadi rujukan utama bahkan rujukan teratas buat mereka.
2. Melalui keduanya, terserlah konsep Ilahi tentang hakikat kebenaran dan kehidupan sekira-kira manusia tidak usah lagi membuang masa dan menghabiskan usia teraba-raba di dalam zulmat duniawi mencari hakikat benar dan memburu erti hidup.
3. Kedua sumber itu telah dipiawai ke tahap yang maha sempurna dan telah ditetapkan sebagai pedoman, panduan dan penyuluh hidup manusia di dalam segala aspek, segenap bidang dan seluruh perkara. Dari sebesar-besar perkara hinggalah ke sekecil-kecilnya sehingga tiada lagi perkara yang dianggap remeh di dalam Islam.


4. Islamlah agama dan ajaran terakhir buat sekelian manusiawi sebagaimana diperakui Allah swt di dalam wahyu yang disampaikan kepada kekasihnya, Rasulullah saw.
5. Kerana ia ajaran terakhir, maka Rasul yang diamanahkan menyampai dan memperjelaskan ajaran ini juga tentunya Rasul terakhir. Dialah Nabi Muhammad saw yang tiada lagi Nabi dan rasul yang diutuskan sesudahnya. Dialah satu-satunya rasul yang mampu malah berjaya membumikan wahyu Ilahi itu ke puncak persadanya kerana dia diutuskan ke semesta alam juga seantario dunia, bukannya kepada kelompok, kabilah dan bangsa tertentu.
6. Sekelian manusia tiada pilihan lain melainkan wajib tunduk dan patuh pada ‘ajaran langit’ (wahyu) itu demi sebuah kehidupan yang sejahtera di dunia dan akhirat. Di dunia mereka akan hidup dengan selamat, teratur dan terampun. Di akhirat mereka hidup bahagia, diredhai dan dalam syurga menjadi penghuni.

1 comments:

wartawansaid...

Islam adalah sebuah ideologi yang lengkap telah memberikan kita fikrah (idea) dan juga tariqah (method) bagi menyelesaikan pelbagai permasalahan manusia. Ini secara langsung memberi erti bahawa penyelesaian sebenar terhadap isu moral ini sebenarnya telah lama digariskan oleh syara’ dari segi fikrah dan juga tariqahnya. Perlaksanaannya menjadi sesuatu yang wajib bagi umat islam dan bukan lagi pilihan. Tibalah masanya semua umat Islam berusaha bersungguh-sungguh bersama-sama jamaah dakwah dan politik yang ingin menegakkan semula Khalafah Islammiyyah ala minhaj Nubuwwah. InsyaAllah, dengan segala usaha dan dakwah kita umat Islam dapat menyelasaikan segala permasalahan yang timbul bukan sahaja masalah moral bahkan semua masalah-masalah yang timbul dari permasalahan pokok umat iaitu tidak adanya satu kehidupan Islam yang dilaksanakan dalam bentuk sebuah entiti negara Khilafah.

 
© Copyright by SAHABAT AMAL  |  Template by Blogspot tutorial