1. Untuk hadir ke satu-satu majlis, maka diri kita hendaklah dalam keadaan bersedia, tenang, kemas, rapi dan berketerampilan.
2. Ciri-ciri di atas akan lebih utama lagi bilamana kita hadir ke solat jumaat, solat berjamaah, ke majlis-majlis ilmu, mesyuarat, kenduri kendara dan sebagainya.
3. Agama tidak suka keadaan seorang yang bertemu khalayak ramai atau bertemu dengan seorang yang dihormati dalam keadaan gopoh gapah, kalut dan berserabai.
4. Sekali berlaku, rombongan Bani 'Abdil Qais datang beramai-ramai untuk menemui Rasulullah saw. Tahu apa berlaku?
5. Sebaik sahaja sampai di Masjidin Nabawi, mereka terus sahaja pergi mengadap baginda saw. Wah, hebatnya rindu mereka pada Nabi saw! Cuma....ada beberapa perkara yang kurang diberi perhatian oleh mereka kecuali seorang sahaja.
6. Apa yang kurang diberi perhatian oleh rombongan Bani abdil Qais ini? Kita pun mahu tahu juga agar kita boleh buat perubahan.
7. Hmmm, rupanya mereka ramai-ramai pergi mengadap Rasulillah saw tanpa mandi, membersihlan diri, menukar pakaian dan berwangi-wangian terlebih dahulu. Ya, kemungkinan keadaan seumpama ini sedikit sebanyak mengganggu ketenangan dan keharuman majlis baginda saw.
8. Siapakah lelaki Bani Qais yang beketerampilan itu? Hanya dia seorang. Rombongan yang lain dalam keadaan yang tidak selesa juga tidak menselesakan.
9. Beliau adalah Asyajji Abdil Qais r.a.. Beliau tidak gopoh dan tidak kalut. Sebelum menemui Rasulullah saw, beliau membersihkan diri terlebih dahulu, kemudian mandi, menukar pakaian yang bersih dan berwangi-wangian.
10. Walaupun Asyajj r.a. tidak mengadap Nabi saw seawal rombongan Bani Abdil Qais yang lain, namun perhatian Mahabbah baginda saw jatuh kepadanya. Mesti ada sebab yang kuat. Mesti ada amalan yang utama.
11. Daripada ibnu Abbas rdhma beliau berkata: Bersabda Rasulullah saw kepada Asyajj Abdil Qais: "Sesungguhnya pada kamu ada dua perkara yang dicintai Allah Ta'ala iaitu sifat lemah lembut dan tenang (tidak gopoh)". (Riwayat Muslim).
12. perhatikan Nabi saw telah memuji tindakan Asyajj yang penuh ketengan dan sopan santun itu.
13. bagaimana keadaan kita sewaktu menghadiri sebarang majlis khasnya ketika ke majlis ilmu dan ibadat solat berjamaah?
14. Bagaimana pula keadaan anak-anak kita tatkala mereka keluar ke sekolah bertemu dengan guru-guru mereka?
rujukan: 40 Hadis akhlak mulia : Ahmad Fahmi Zamzam Al Banjari.
Bolehkah Puasa Sunat Selepas 15 Sya’ban?
12 years ago
0 comments:
Post a Comment