INSYA ALLAH! REZEKI KITA DIMARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

JANA PENDAPATAN & DOWNLOAD NASYID DI MARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

Saturday, October 3, 2009

GEMPA2 KECIL SEBELUM GEMPA BESAR


Salam buat sejelian Sahabatamal yang dihormati sekelian..

1. Subhanallah..! Allahu Akbar..Siri malapetaka yang telah dan sedang berlaku di seluruh dunia khasnya di rantau Pasifik amat menginsafkan kita betapa lemah dan kerdilnya kita di hadapan Allah swt.

2. Taufan Parma dan banjir di Philipina yang mengorbankan hampir 300 orang (di Manila dan sekitarnya), Taufan Ketsana yang mengorbankan lebih 400 orang di Filipina, Vietnam dan Kemboja dan dua gempa bumi kuat menggegarkan pulau Sumatera di Indonesia, mengakibatkan beribu-ribu nyawa terkorban sementara kejadian tsunami pula membadai Samoa Amerika dan Samoa Barat, mengakibatkan hampir 150 orang maut. Peringatan apakah ini??

3. Menerusi segala bencana alam itu Allah mahu menyedarkan manusia bahawa Dialah Yang Maha Berkuasa. Lihatlah para penguasa di negara-negara yang dilanda bencana itu 'tidak berkuasa' dan tidak berdaya lagi untuk berdepan dengan kuasa Allah yang Maha Kuasa. La Haula Wa La Quwwata illa billahil 'Aliyyil 'Adzhim. "Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi pelajaran yang mendatangkan iktibar bagi orang-orang yang takut (melanggar perintah Tuhannya". (Surah An Nazi'aat: 26)



4. Inilah rentetan suasana akhir zaman menjelang qiamat sebagaimana yang diramalkan oleh Rasulullah saw. Apa yang baginda sabdakan sedang berlaku satu persatu di hadapan mata kepala kita. Bahkan kini letusannya bertali arus..

5. Daripada Anas bin Malik ra, Rasulullah SAW telah bersabda:
"Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah hampirnya hari Qiamat itu, berlaku banyak kematian manusia secara mendadak" (Hadis riwayat Thabrani)

6. Daripada Abu Hurairah ra, Rasulullah SAW bersabda:
"Tidak akan datang hari qiamat sehinggalah berlakunya banyak gempa bumi"
(Hadis Riwayat Bukhari)

Rasulullah SAW bersabda:
"Sebelum berlakunya hari qiamat, akan terdapatnya kematian yang amat menakutkan dan kemudian dari itu berlakulah tahun-tahun gempa bumi"
(Hadis riwayat Ahmad)

7. Semua gempa-gempa itu adalah awalan atau muqaddimah yang akan membawa kepada hentaman gempa terakhir dan paling dahsyat yang mengakibatkan kemusnahan alam yang fana ini.

8. surah Az Zalzalah..KEGONCANGAN

Apabila bumi diguncangkan dengan guncangannya yang dahsyat,
dan bumi telah mengeluarkan beban-beban berat yang dikandung nya,
dan manusia bertanya: "Mengapa bumi jadi begini?",
pada hari itu bumi menceritakan beritanya,
karena sesungguhnya Tuhanmu telah memerintahkan yang sedemikian itu kepadanya
Pada hari itu manusia ke luar dari kuburnya dalam keadaan yang bermacam-macam, supaya diperlihatkan kepada mereka balasan pekerjaan mereka.
Barang siapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarah pun, niscaya dia akan melihat balasannya.
Dan barang siapa yang mengerjakan kejahatan seberat zarah pun, niscaya dia akan melihat balasannya pula.

QS. Az-Zalzalah (99):1-8)

9, "Yaa.. Rabb..., kami ampunilah dosa kami, dan jika Engkau tidak mengampuni dan menyayangi kami, maka sesungguhnya kami termasuk orang yang merugi".Semoga Allah SWT memberi kekuatan kepada saudara-saudara kita di Padang, Indonesia, sehingga mereka semua mampu bersabar dan tabah dalam menghadapi cobaan..Semoga Allah SWT memberikan kekuatan kepada kita sehingga kita mampu memberikan bantuan kepada mereka..

Semoga Allah SWT memberi petunjuk kepada kita, sehingga kita mampu mengambil hikmah yang terbaik atas kejadian ini..

0 comments:

 
© Copyright by SAHABAT AMAL  |  Template by Blogspot tutorial