INSYA ALLAH! REZEKI KITA DIMARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

JANA PENDAPATAN & DOWNLOAD NASYID DI MARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

Thursday, February 5, 2009

TIDAK AKAN GOYAH

Berbahagialah kaum muslimin dan muslimat yang sentiasa taat beribadat dengan penuh keceriaan dan kelazatan. Pada Tuhan mereka berta’abbud siang dan malam, pagi dan petang tanpa mengenal jemu dan dan bosan. Mereka ikhlas dan penuh kesedaran melaksanakan seruan dan kewajipan solat.


Dengan menunaikan solat lima waktu sehari semalam, bererti seseorang muslim sentiasa mengelokkan hubungannya serta sentiasa memperbaharui kontraknya dengan Allah SWT yang dengan cara itu dia berterusan memperolehi perlindungan Allah SWT dari segala godaan maksiat dan urusan munkarat.


Orang yang tekun mendirikan solat tidak akan goyah pendirian. Dia akan akan tetap tabah dan tenang dalam menghadapi apa jua gelodak hidup dan kehidupan. Dalam kata-kata yang lain, dia tidak akan mengeluh di waktu kesempitan dan tidak akan menyombong diri di waktu senang


Firman Allah: Sesungguhnya manusia diciptakan (Allah) dengan tabiat keluh kesah. Bila ia ditimpa musibah lalu ia berkeluh kesah, tapi bila dia memperoleh nikmat dan kesenangan ia tidak mahu tahu keadaan orang lain, melainkan (sifat-sifat Mazmumah tersebut tidak ada pada) orang-orang yang mendirikan solat”. (Al Ma’arij: ayat 19-22)

0 comments:

 
© Copyright by SAHABAT AMAL  |  Template by Blogspot tutorial