INSYA ALLAH! REZEKI KITA DIMARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

JANA PENDAPATAN & DOWNLOAD NASYID DI MARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

Tuesday, February 24, 2009

DIRHAM BERAROMA KASTURI














Diceritakan bahawa Ummul Mukminin Sayidatina 'Aisyah rdha, sebelum menyedeqahkan wang-wang dirhamnya kepada fakir miskin, terlebih dahulu dia meletakan wang-wang dirham itu di dalam minyak wangi KASTURI. Ada orang bertanya: "Wahai Ummu At Toyyib, kenapa ibu letakkan minyak wangi kasturi (misik) pada wang-wang yang akan ibu sedeqahkan itu?". Jawab Ummul Mukminin: " Aku berbuat demikian kerana aku meletakkan (menyampaikan) wang-wang sedeqah itu terlebih dahulu di 'tangan Allah' sebelum aku meletakkannya (menyampaikannya) ke tangan fakir miskin.

Setiap kali orang-orang miskin mendoakan kebaikkan dan kesejahteraan ke atasnya, dia (ummul mukminin) akan mendoakanmereka kembali dengan doa tersebut. Sekali lagi ditanyakan padanya, "kenapa begitu wahai Ummul Mukminin?". Apa jawabnya ya? "Supaya nilai (ruh) sedeqah itu berkekalan murni sebagaimana mulanya."

0 comments:

 
© Copyright by SAHABAT AMAL  |  Template by Blogspot tutorial