INSYA ALLAH! REZEKI KITA DIMARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

JANA PENDAPATAN & DOWNLOAD NASYID DI MARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

Sunday, February 15, 2009

RAUNGAN IBLIS

Tahukah anda iblis yang degil, kufur, sesat lagi keras hati itu pernah meraung, menjerit dan menangis semahu-mahunya? Tetapi kenapakah dia menangis? Apakah kerana ia menyesal dan ingin bertaubat kepada Allah darihal keangkuhan dan kekufurannya itu? Ohh, tidak sama sekali. Dia bukankah telah bersumpah untuk terus menderhakai Allah dan Rasul serta akan menjadi seteru manusia buat selama-lamanya bahkan hingga hari kiamat?

Di dalam Tafsir Al Qurthubi mukasurat 78 jilid 1 dinyatakan kata-kata Imam Mujahid berkenaan tangisan dan jeritan Iblis tersebut. "Sesungguhnya iblis laknatullah menjerit dan menangis pada empat keadaan:
1. Ketika ia dilaknat Allah (lantaran tidak mahu sujud kepada Nabi Adam as).
2. Ketikamana ia diusir dari syurga.
3. Ketika dibangkitkan (diputerakan/diutuskan) Rasulullah saw.
4. Ketikamana dinuzulkan surah Al Fatihah.

0 comments:

 
© Copyright by SAHABAT AMAL  |  Template by Blogspot tutorial