INSYA ALLAH! REZEKI KITA DIMARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

JANA PENDAPATAN & DOWNLOAD NASYID DI MARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

Tuesday, February 10, 2009

Aku memikirkan tentang air liurnya..


Sekitar abad keempat Hijrah atau kesepuluh Masihi, hiduplah di Mesir seorang ulama' sufi, Abu Hasan. Yang berkuasa di negeri itu adalah seorang penguasa yang zalim, Ahmad Ibnu Thulun. Ibnu Thulun telah membunuh seramai 18 ribu orang dengan cara tidak memberi mereka makan dan minum. Kerana kezaliman penguasa itu sudah demikian teruknya, maka Abu Hasan teringat akan pesanan Nabi saw, "Jihad yang paling utama adalah mengatakan kebenaran di depan penguasa yang zalim".

Semangat iman Abu Hasan tiba-tiba melonjak. Tanpa merasa gerun sedikit pun dia tampil ke hadapan Ahmad Ibnu Thulun. Dengan berani Abu Hasan berkata: "Innaka zhallamtar ra'iyyah" (Engkau telah menzalimi rakyat jelata...!).
Ahmad Ibnu Thulun marah luar biasa mendengar kata-kata itu. Dia segera menangkap Abu Hasan dan memenjarakannya. Di dalam tahanan, seekor singa yang kelaparan dilepaskan. Inilah gelanggang yang tidak seimbang. Mereka melepaskan singa yang lapar untuk memakan Abu Hasan.

Tetapi mari kita lihat apa sebenarnya yang berlaku. Singa itu maju selangkah dan mundur, mendengus dan kemudian diam. Kemudian binatang buas itu menundukkan kepalanya sambil mendekati Abu Hasan, kemudian menciumnya. Setelah itu ia pergi dengan tenang meninggalkan Abu Hasan.
Ahmad Ibnu Thulun menyaksikan peristiwa itu dengan berdebar. Dia tiba-tiba tersentak dari tempat duduknya apabila singa itu tiba-tiba memandangnya dengan tajam! Orang-orang yang menyaksikan peristiwa yang mengerikan itu merasa kagum dan hormat kepada Abu Hasan, dan mereka pun bertakbir beramai-ramai. Tetapi ada kisah yang lebih menakjubkan daripada itu.

Setelah Ahmad Ibnu Thulun menyaksikan peristiwa ajaib itu, dia segera memanggil Abu Hasan dan menyoalnya.
Ibnu Thulun: "Ceritakan kepadaku apa yang engkau fikirkan pada waktu singa itu mendekatimu. Engkau tidak sedikitpun melihat dan engkau tidak peduli kepadanya!" Abu Hasan: "Saya hanya memikirkan tentang air liurnya. Bila singa itu menyentuh saya, apakah itu suci ataupun najis?". Ibnu Thulun: "Apakah engkau tidak takut kepada singa?" Abu Hasan: "Tidak, kerana Allah telah melindungiku dari kejahatannya".

0 comments:

 
© Copyright by SAHABAT AMAL  |  Template by Blogspot tutorial