INSYA ALLAH! REZEKI KITA DIMARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

JANA PENDAPATAN & DOWNLOAD NASYID DI MARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

Friday, February 20, 2009

Bila menjerit dan memekik tanpa sebab













KUALA LUMPUR - Al Quran menjelaskan bahawa kehidupan berkualiti meliputi minda, emosi, rohani dan jasmani itu sebagai 'Hayatan Toyyibah' cetusan iman dan aqidah yang kukuh serta amal soleh yang lebat.

Lebih dari itu 'Hayatan toyyibah' adalah anugerah kehidupan yang penuh dengan keberkatan, kerahmatan dan kemakmuran. Biar pun kehidupan bergelora dan sarat dengan dugaan, namun 'pemilik hayatan toyyibah' tidak tenggelam punca, tidak frust menonggeng, tidak meghaban malah tidak hilang kawalan. Demikian menurut pandangan agama.

Lalu, apakah laporan pertambahan lebih ramai jumlah 'pesakit mental' di negara kita ketika ini berpunca dari 'tekanan jiwa dan stress' seseorang yang tidak terpimpin dan terisikan dirinya iman dan agama?, tanpa menafikan ada pesakit yang mengidapinya secara keturunan. Cuba perhatikan. Kalau terbina iman dan amal soleh, maka Allah bakal anugerahkan Hayatan Toyyibah kepada kita, maka cuba renungkan pula sebaliknya ! Hayatan Toyyibah semakin terhakis dan menjauh lantaran iman dan amal soleh tidak lagi menjadi tumpuan dan agenda penting kehidupan kita. Sakit jiwa dan kusut minda lantaran leman iman pada qadha qadar Allah yang esa.

Kajian dan laporan pakar psikiatri, Prof. Dr. Mohammad Hussain Habil (Ketua Jabatan Psikiatri, Pusat Perubatan Universiti Malaya (UMMC) bahawa

...lebih 270,000 rakyat Malaysia menghidap skizofrenia.., sejenis penyakit mental tanpa menyedarinya, menyedarkan kita betapa pentingnya 'iman dan amal soleh dalam membina persekitan Hayatan Toyyibah' ini. Kenapa penting? Sekali lagi kita tegaskan bahawa iman adalah kemudi juga neraca penting buat manusia menghadapi kehidupannya yang silih berganti antara kemudahan dan kesusahan ('Al 'Usr dan Al Yusr). Kerana iman yang lemah dan asas agama yang nipis menjadi antara punca ramai insan yang hilang pedoman, hilang kawalan, dilanda kemurungan dan berkesudahan dengan tindakkan merbahaya.

" jika penyakit itu dibiarkan tanpa rawatan, ia boleh membahayakan pesakit skizofernia yang akan menjadi lebih ganas dan boleh membunuh diri atau membunuh anggota keluarga ataupun jiran mereka", jelas Prof Dr Muhammad lagi.

Simptom:

Adalah penting, kata beliau, untuk mengenal pasti simptom awal seperti menjerit dan memekik tanpa sebab, secara tiba-tiba tidak berminat dengan kerja, memutuskan hubungan, tidak menghiraukan kebersihan diri dan bertindak ganas.

Sumber: Kosmo Online dengan olahan semula

0 comments:

 
© Copyright by SAHABAT AMAL  |  Template by Blogspot tutorial