INSYA ALLAH! REZEKI KITA DIMARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

JANA PENDAPATAN & DOWNLOAD NASYID DI MARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

Tuesday, February 17, 2009

ITU PERASAAN PAKCIK SAJA..


Memberi khidmat yang baik itu adalah dasar agama yang utama. Khidmat yang baik pula harus aDa rasa belas kasihan dan bertimbang rasa. Dalam memberi khidmat, sifat pentingkan diri sendiri hendaklah dijauhi. Masyarakat maupun pelanggan yang memohon khidmat dari kita itu haruslan diberi layanan yang terbaik. Semoga kisah berikut menjadi iktibar.


Syahdan, salah sebuah sekolah menengah dari Simpang rengam membuat rombongan sambil belajar ke Putrajaya. Di dalam perjalanan tersebut berlakulah satu insiden apabila salah seorang dari murid-murid yang mengikuti rombongan itu terasa terlalu sakit perut hendak buang air besar.


Mahu tidak mahu terpaksalah murid tadi memberi tahu pemandu bas tersebut supaya berhenti agar dapat dia melepaskan hajatnya itu. "Pak Cik boleh tolong berhenti tak kerana saya tak tahan nak buang air besar ni..." pinta murid itu terketar-ketar sambil menggosok-gosok perutnya. "Nak buang air besar.....?


Hishhh.., perasaan awak sahaja tu!!" sahut pemandu itu selamba. Sebenarnya pemandu tu malas nak berhenti dan memang sudah menjadi tabiat dia susah untuk bersimpati pada orang lain. "Betul Pak Cik..., saya memang betul-betul sakit perut ni" rayu murid itu. "Tak ada apa-apanya, itu semua hanyalah perasaan awak sahaja, percayalah kata Pak Cik" balas pemandu itu tersengeh-sengeh lantas menepuk-nepuk bahu murid itu.


"Tolonglah Pak Cik....." rayu murid itu terus. "Beginilah..., awak duduklah belakang kerusi Pak Cik ni sebentar dan nanti awak tidak akan terasa lagi hendak buang air tu....." Dengan muka yang berkerut-kerut terpaksalah murid itu menurut kata pemandu tadi. Pemandu itu pun meneruskan perjalanan.


Dalam lima minit kemudian pemandu tadi tiba-tiba terhidu sesuatu yang tidak menyenangkan. Makin lama semakin kuat baunya. Lantas pemandu tadi berpaling ke belakang dan bertanya murid tadi. "Eh..., awak berak ke? Busuknya...???" Murid itu pula dengan selamba menjawab. " Hisshhh..., Mana ada. Itu perasaan Pak Cik saja.., saya tak bau apa-apa pun....!!!""

0 comments:

 
© Copyright by SAHABAT AMAL  |  Template by Blogspot tutorial