INSYA ALLAH! REZEKI KITA DIMARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

JANA PENDAPATAN & DOWNLOAD NASYID DI MARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

Wednesday, April 9, 2008

SUAMI KEJAM!

Harian Metro Sabtu 5 April melaporkan seorang isteri yang sarat mengandung lapan bulan, telah dibelasah macam haiwan oleh suaminya yang 'pemabuk' di Seri Kembangan baru-baru ini. Akai ada ka? tanpa rasa belas kasihan, dia sepak dan tendang perut isterinya yang sedang mengandungkan anaknya sendiri yang sebelumnya adalah benih (sperma)nya sendiri. Tak cukup lagi. Dia hentak pula kepala isteri dia ke di dinding. Astaghfirullahal 'Azhim. Sumber mengatakan, bahawa pihak polis telah mengenali suspek tersebut dan sedang mengesannya. Ha, lepas ni, 'sure' kena penerajang pulaa.

Harian Metro, Selasa 8 April pun melaporkan kejadian yang 'sama waktu' dengan kejadian di atas. Muka depan lagi. kali ini, pelakon popular pula sering belasah isteri sendiri. Siasatan hasil ujian air kencing dikatakan dia positif dadah syabu.

Manusia oh manusia: Ini bukan setakat tak ada akal, iman pun tak ada. Segalanya pincang. Suami yang sepatutnya jadi tampat isteri bernaung kasih, telah bertukar menjadi 'pemangsa'. Apa lagi yang boleh di harapkan dari seorang kaki botol dan penagih syabu?? Teringat Nabi SAW bertanya kepada sorang lelaki yang memukul isterinya. "Kenapa pukul isteri kamu", tanya Rasulullah. "Isteri saya degil, itu ini, bla bla bla", membebel panjang lelaki tersebut. "Aku tidak bertanyakan mengenai apakah alasan kamu memukul isteri kamu, tetapi aku bertanya kenapa kamu pukul 'teman tidurmu' dan 'ibu' kepada anak-anakmu??" giliran nabi pula 'memukul' hatinya.

1 comments:

Anonymoussaid...

tahniah ustaz.dah ada blog sendiri.
ustaz buat la ruangan chating.
azman sbcr

 
© Copyright by SAHABAT AMAL  |  Template by Blogspot tutorial