Sabtu 20 April 2008
Kuliah Maghrib, Surau Ikhwan, Saujana Utama 2
Mari sama-sama kita suburkan jiwa cintakan ummah sebagaimana Nabi SAW dan para solafus soleh mencintai umat ini. Mencintai umat ini bererti inginkan semuanya beroleh hidayah ilahi. mencintai umat ini bermakna menginginkan kesejahteraan bersama mereka. Mencintai umat ini bermaksud ingin melihat pertolongan Allah segera menguatkan mereka. Mencintai umat ini bererti suka andai seluruh dosa mereka diampunkan Allah SWT. Sabda nabi SAW: "..barangsiapa yang memohonkan keampunan Allah ke atas setiap mukminin dan mukminat, maka Allah Ta'ala menulis untuknya satu hasanah (kebaikkan) bagi setiap mereka (mukminin dan mukminat itu)". (Riwayat At Tabrani daripada Ubadah / Majma' Az Zawa-id: (1/210) & Sahihul Jam'ius Soghir : 6026).
Bolehkah Puasa Sunat Selepas 15 Sya’ban?
12 years ago
0 comments:
Post a Comment