INSYA ALLAH! REZEKI KITA DIMARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

JANA PENDAPATAN & DOWNLOAD NASYID DI MARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

Saturday, April 19, 2008

KENALAN BARU DI SG PERAK



Selepas pekena nasi lemak dan Radix 'mai secawan', saya dan Zul turun ke jeti bot penampang Sg Perak. Pagi itu, air Sg Perak mengalir perlahan, seperlahan aktiviti di Pekan Parit. Di jeti, kelihatan sebuah bot penampang diikat di tiang. pemandu bot nampaknya sedang asyik dengan pancingnya. Mungkin sementara menanti penumpang untuk ke seberang pukul 11 pagi nanti, beliau mengisi masa, mencuba nasib mencari 'lauk' untuk hidangan tengahari buat seisi keluarganya.

Zul turun ke bawah menyapa pengusaha bot tambang tersebut. Saya mengikut dari belakang. "Amaluddin", saya memperkenal diri sambil menghulurkan tangan. "Saya Rosli" balasnya dan kami bersalaman. "Boleh bergambar", tanya saya. "Bolehh, tak ada masalah'', jawab Rosli.
Sembang punya sembang, banyaklah cerita lama yang keluar. jadi mesra macam dah kenal lama. Rupanya Rosli yang bekerja sebagai pemandu bot di Sg Perak selama 8 tahun. Sebelumnya beliau pernah bekerja di Sri Gombak, KL. Menurut Rosli, sekarang ni tak ramai lagi orang yang menggunakan khidmat bot penampang macam dulu.

Bila Rosli tahu saya terlibat di dalam industri nasyid, dia pula buka cerita pernah berkawan dengan Salim Iklim, kumpulan Search dan artis-artis Warner sekitar 90 an dulu. Nak tahu apa lagi lepas tu? Rosli start enjin bot dan bawa kami pergi 'lap' kat Sg Perak. Masya Allah. Percuma pulak tu. Terimakasih Rosli! Sebagai balasan, saya hadiahkan padanya sekeping cd SYAFAAT. Semuga persahabatan kita berpanjangan.

0 comments:

 
© Copyright by SAHABAT AMAL  |  Template by Blogspot tutorial