Kunjungan saya ke SMAKKL 4 April 08 baru amat menggembirakan sekali. Pertama, kerana dapat meraikan program penghayatan Maulidur Rasul SAW bersama warga SMAKL yang ceria. Keduanya kerana dapat bertemu dengan seorang guru (pakar) TARANNUM yang terkenal.
Siapa lagi kalau bukan Ust Nik Azizan, yang menceriakan setiap petang kita dengan slot MARI BERTARANNUM di TV9. Terserlah betul ketokohan Ustaz muda kita ni. Ketapa tidak? Orang yang memuliakan Al Quran, pasti akan dimuliakan Allah SWT. Di majlis yang sama, saya juga berjumpa sahabat seperjuangan saya, vokalis sebuah kumpulan nasyid terkanal tanahair juga guru bahasa Arab di SMAKKL. Itulah Ustaz Azahari dari kumpulan Nowseeheart, pendakwah yang berjiwa seni. Ustaz Amal: kepada kedua-dua sahabat ini, diucapkan 'teruskan perjuangan anda' demi memartabatkan ummah Islamiyyah.
Bolehkah Puasa Sunat Selepas 15 Sya’ban?
12 years ago
0 comments:
Post a Comment