Cinta ada dua bahagian. Cinta murahan dan Cinta daerah tinggi. Sebagai mukmin, kita dituntut spaya mencintai kekasih-kekasih di daerah tinggi. Rasulullah SAW menggambarkan bahawa cinta 'daerah tinggi' itu adalah seperti berikut:
1. Cinta kepada Allah SWT.
Rasulullah SAW adalah hamba yang paling sempurna cintanya kepada Allah. Dikatakan bahawa saat menghadapi sakaratul maut, baginda SAW ada mengungkapkan kata-kata "Ila Rafiqil A'la" (menuju kepada teman yang tinggi). Inilah cinta teragung!
2. Cinta kepada orang yang mencintai Allah SWT.
Kita mencintai seseorang kerana cintanya kepada Allah SWT. Sebab itulah kita semua mencintai Nabi SAW kerana baginda adalah hamba yang paling tinggi taqwa dan cintanya kepada Allah. Kita mencintai para sahabat yang bersungguh-sungguh mencintai dan mencari redha Allah dan Rasulnya. Termasuk juga kita mencinta para malaikat seluruhnya, para Rasul sekeliannya, para ulama al 'amilin, para auliya as solihin kerana ternyata mereka sangat mencintai Allah Rabbul 'Alamin.
3. Cinta kepada amalan-amalan yang menyampaikan kepada cinta Allah.
Oh, ianya sungguh banyak sekali! Beriman, ikhlas, yakin, sabar, mujahadah, muhasabah, muzakarah, tilawatul al quran, menuntut ilmu, berkorban, berjihad, berdakwah, bersedeqah dan suka membantu, menghubungkan silaturrahim, solat berjamaah, kerja yang tekun, mencari reziki, banyak berzikrullah, mengajak yang makruf, mencegah yang mungkar, sentiasa bertaubat dan beristighfar dsb.
Tafakkur: Cintailah pemimpin yang cintakan Allah dan RasulNya. Pemimpin yang kuat hubungannya dengan Allah SWT. Pemimpin yang kuat bermunajat dan sentiasa bergantung harap kepadaNya. Pemimpin yang sanggup berkorban dan duduk sama rendah dengan ra'iyyahnya. Pemimpin yang membimbing umat supaya mencintai Allah dan RasulNya. Cinta daerah tinggi penyudahnya adalah di syurga.

0 comments:
Post a Comment